Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jenama jam tangan Belgium, Ice-Watch Malaysia memperkenalkan BEWATCH 2 Automatic, koleksi jam automatik pertama mereka yang menandakan satu lembaran baharu dalam evolusi jenama itu, khususnya bagi memenuhi cita rasa lelaki moden.
Menerusi rekaan berani, pilihan warna yang menarik dan gaya kontemporari, Ice-Watch sebelum ini telah menghasilkan pelbagai koleksi popular seperti ICE Smart, ICE Generation, ICE Power dan ICE Steel yang mendapat sambutan di peringkat antarabangsa.
Menerusi pelancaran BEWATCH 2 Automatic, Ice-Watch kembali kepada asas pembuatan jam mekanikal sambil mengekalkan identiti rekaan moden yang menjadi keunikan jenama tersebut.
Koleksi baharu ini dikuasakan oleh pergerakan automatik (automatic movement) yang beroperasi menggunakan pergerakan semula jadi pemakai tanpa memerlukan bateri. Ia menggabungkan ketelitian kejuruteraan mekanikal dengan sentuhan rekaan kontemporari yang menjadi identiti Ice-Watch.

Direka untuk mereka yang gemarkan jam tangan berpenampilan menyerlah, BEWATCH 2 Automatic hadir dengan saiz sarung 48mm, sekali gus memberikan penampilan yang lebih berani di pergelangan tangan.
Koleksi ini ditawarkan dalam tiga pilihan model dengan spesifikasi termasuk rintangan air 3 ATM, kaca mineral, penutup belakang jenis skru serta tali PU bersaiz 22mm yang menawarkan keseimbangan antara ketahanan, keselesaan dan kegunaan harian.

BEWATCH 2 Automatic bukan sekadar koleksi baharu, malah mencerminkan fasa baharu jenama itu dalam menggabungkan warisan pembuatan jam dengan inovasi moden.

Dengan mengekalkan elemen ikonik seperti warna berani, rekaan yang menyerlah serta penggunaan material inovatif, koleksi ini turut memperkenalkan pendekatan yang lebih matang buat mereka yang mencari jam tangan bercirikan personaliti dan karakter tersendiri.

Koleksi BEWATCH 2 Automatic kini boleh didapati di butik Ice-Watch terpilih, cawangan Time Zone serta platform dalam talian rasmi jenama itu.