Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Video Tular Tiga Individu Pijak Kucing Buat Netizen Berang

Menurut portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di bawah seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) “haiwan” bermaksud, sebarang makhluk yang hidup selain daripada manusia dan termasuk mana-mana haiwan, burung, ikan, reptilia atau serangga, samaada liar atau jinak.

Didalam akta itu, adalah salah melakukan kezaliman terhadap haiwan jika secara zalim memukul, menendang, menganiaya, terlebih tunggang, terlebih pandu, terlebih muatan, mendera, memarahi atau menakutkan mana-mana haiwan.

Terbaru, tular rakaman video menunjukkan tiga individu memijak seekor kucing di atas lantai. Tidak tahu apakah motif perbuatan itu, video tersebut walau bagaimanapun mendapat kecaman rata-rata netizen.

Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan tersebut.

Para pengguna Facebook juga berharap tiga orang manusia itu dibawa ke muka pengadilan serta menerima balasan yang setimpal.

Sumber: Facebook