Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iklan Facebook Bakal Dikenakan Caj SST 6% Bermula Januari Depan

Berdasarkan laporan Facebook, mulai Januari 2020, iklan di Facebook untuk negara Malaysia akan dikenakan cukai perkhidmatan (SST) sebanyak 6%. Ia memberi kesan kepada pengiklanan ‘menjual untuk’ di alamat perniagaan atau peribadi.

Cukai perkhidmatan ini akan ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik di Facebook.

Seperti contoh yang diberikan, pengguna akan dicaj sebanyak USD 100 setelah mencapai pengebilan untuk jumlah berkenaan. Subtotal untuk caj iklan tersebut kemudian ditambah cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Jadi jumlah yang perlu dibayar ialah USD 106.

Facebook juga memberi nasihat bahawa pihak mereka tidak akan memberi nasihat mengenai cukai perkhidmatan tersebut. Pengguna diharuskan untuk berjumpa atau mendapatkan bantuan dari pihak pengcukaian yang lebih arif.

Sumber: Facebook