Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
IKM, KKTM, MJII Kini Dikenali
Kredit: Bernama
IKM, KKTM, MJII Kini Dikenali sebagai TVETMARA - Zahid Hamidi

BERNAMA

IKM, KKTM, MJII Kini Dikenali sebagai TVETMARA - Zahid Hamidi

TASEK GELUGOR, 27 Jan (Bernama) -- Semua Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dijenamakan semula dan dikenali TVETMARA, selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengangkat Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai agenda utama negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penjenamaan semula melibatkan 25 institusi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal baharu di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta membuka laluan lebih luas kepada pelajar dalam bidang kemahiran.

Beliau berkata TVETMARA terbuka kepada pelajar pelbagai latar belakang termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), GiatMARA dan kolej vokasional.

"Laluan pendidikan di bawah TVETMARA disusun mengikut tahap kemahiran, dengan GiatMARA menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3, manakala Tahap 4 dan 5 akan berada di bawah TVETMARA.

"Selepas itu, graduan turut mempunyai pilihan melanjutkan pengajian ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi mengikuti program peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD, selain terus memasuki pasaran kerja dengan kelulusan profesional berkaitan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penjenamaan TVETMARA di sini hari ini. 

Ahmad Zahid berkata peluang itu turut terbuka kepada golongan tidak mempunyai kelulusan SPM atau tidak memperoleh kredit untuk meningkatkan kerjaya mereka dalam bidang TVET.

Beliau berkata kerjasama institusi TVET dengan pemain industri melalui memorandum perjanjian turut menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan yang kini berada pada tahap 98.7 peratus, manakala kebolehpasaran bagi institusi IKM sahaja telah mencapai 100 peratus.

"Kerajaan berharap penjenamaan semula ini dapat mengekalkan pencapaian berkenaan serta memperluas peluang graduan melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi, khususnya dalam usaha kerajaan memenuhi keperluan melahirkan 60,000 jurutera dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E) di pasaran," katanya. 

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata seiring dengan penjenamaan TVETMARA, IKM Seberang Perai Utara akan melaksanakan Pelan Transformasi ke arah National Electrical Energy Specialist Academy (NEST) melalui Kerangka Pelan Transformasi Strategik NEST bagi tempoh 2025 hingga 2035.

Beliau berkata pelaksanaan kerangka NEST ini dijajarkan dalam dua fasa pembangunan utama, iaitu menumpukan kepada Pembangunan Komuniti dan Industri, dan memberi tumpuan kepada Pembangunan Nasional. 

"Keseluruhan pelaksanaan ini digerakkan melalui empat bidang fokus utama, disokong lima strategi teras, merangkumi 29 inisiatif strategik serta dipacu oleh lapan pemangkin utama," katanya. 

Sumber:BERNAMA