Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ikon Bola Sepak Steven Gerrard, Michael Owen & Ryan Giggs Bakal Beraksi Di Malaysia

BOLA

Ikon Bola Sepak Steven Gerrard, Michael Owen & Ryan Giggs Bakal Beraksi Di Malaysia

Barisan legenda bola sepak antarabangsa bakal berhimpun di Malaysia Oktober ini untuk AllStar Legends Football Match anjuran AllStar Sports Sdn. Bhd. (AllStar Sports) dengan kerjasama World Football Legends (WFL) yang telah diumumkan secara rasmi hari ini. Perlawanan persahabatan ini akan berlangsung pada Sabtu, 3 Oktober 2026, di Stadium Nasional TM.

Acara ini bakal menghimpunkan legenda bola sepak bertaraf dunia menerusi pertembungan antara AllStar Premier League Legends dan AllStar World Legends.

AllStar Legends Football Match bakal mencipta sejarah apabila beberapa pemain bertaraf dunia yang pernah meraih pelbagai kejuaraan tertinggi bola sepak termasuk Piala Dunia FIFA, Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Perdana Inggeris. Barisan pemain yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah seperti berikut:

AllStar Premier League Legends

  • Steven Gerrard – Kapten legenda Liverpool FC

  • Michael Owen – Pemenang Ballon d'Or

  • Ryan Giggs – Juara Liga Perdana 13 kali

  • Eidur Gudjohnsen – Juara Liga Perdana Inggeris dan La Liga

  • John Arne Riise – Jaguh Liga Juara-Juara UEFA

AllStar World Legends

  • Alessandro Del Piero – Pemenang Piala Dunia FIFA

  • Jaap Stam – Jaguh Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara UEFA

  • Javier Saviola – Pemenang Pingat Emas Olimpik bersama Argentina

  • Fernando Morientes – Jaguh Liga Juara-Juara UEFA

  • Dida – Penjaga gol juara Piala Dunia FIFA

Tiket boleh didapati menerusi platform tiket rasmi Ticket2U. Bagi pengalaman peminat yang lebih menyeluruh, AllStar Sports turut menawarkan pelbagai kategori tiket; kategori VIP (RM1,998) dengan akses premium termasuk sesi Meet-and-Greet eksklusif dan sesi autograf bersama lagenda-lagenda bola sepak. Grand Stand (RM399) dengan tempat duduk premium pemandangan terbaik serta beg cenderamata rasmi. Kategori 1 (RM209) dan Kategori 2 (RM168) dengan tempat duduk bernombor.

Kategori 3 (RM98), dengan tempat duduk bebas. Terdapat juga promosi istimewa High5 Bundle (Diskaun 20% bagi pembelian 5 tiket, bersamaan RM 78.40/tiket), dan Kategori 4, iaitu Zone MADANI (RM62) yang ditawarkan dalam quantiti terhad. 

Berteraskan tema acara iaitu Rise Above All, AllStar Sports komited dalam menyatukan segenap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, agama atau status menerusi semangat kesukanan. Acara ini bakal meraikan budaya bola sepak yang menghimpunkan peminat daripada pelbagai generasi yang berbeza untuk bersama-sama mengimbau detik-detik ikonik serta berkongsi minat mendalam mereka terhadap sukan ini.

AllStar Legends Football Match dibawakan oleh AllStar Sports dan dengan sokongan daripada rakan korporat, antaranya: BYD Sime Motors sebagai Rakan Automotif Rasmi, Gambit Group sebagai Penganjur Bersama, NIVEA MEN dan Spritzer Berhad sebagai Penaja Emas, Astro sebagai Rakan Media Rasmi, Seni Jaya Corporation Berhad sebagai Rakan Media Luar Rasmi: Seni Jaya Corporation Berhad, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur sebagai Rakan Hotel Rasmi. Acara ini disokong oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Alami sendiri pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak yang bersejarah ini. AllStar Sports menjanjikan malam yang bakal menghimpunkan para peminat dalam satu arena meraikan semangat kesukanan, kemegahan dan setiakawan yang menjadikan bola sepak sebuah sukan global yang merentasi sempadan, budaya dan generasi.

Pengumuman pemain tambahan, jadual acara serta pelbagai aktiviti pada hari perlawanan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang. Untuk maklumat terkini, layari laman Facebook rasmi AllStar Sports di https://rb.gy/0wliq0.

Intipati
  • AllStar Legends Football Match bakal berlangsung di Stadium Nasional TM pada 3 Oktober 2026.
  • Steven Gerrard, Michael Owen dan Ryan Giggs antara legenda yang mengesahkan penyertaan mereka.
  • Tiket dijual menerusi Ticket2U dengan kategori harga RM62 hingga RM1,998.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan