Impian Anak Tercapai, Reaksi Ibu Naik Pesawat “Business Class” Kali Pertama Undang Sebak
Ibu merupakan insan yang paling istimewa dalam kehidupan setiap individu.
Wanita ini mencurahkan kasih sayang tanpa berbelah bagi, sentiasa menjaga, membimbing, dan melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya.
Setiap pengorbanan dan ketekunan ibu tidak ternilai harganya, kerana ia dilakukan dengan penuh keikhlasan.
Apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, mereka mula menyedari segala jasa dan pengorbanan ibu.
Rasa terima kasih dan kasih sayang yang mendalam mendorong mereka untuk membalas jasa ibu dengan pelbagai cara, sama ada melalui perhatian, layanan atau sekadar menghabiskan masa bersama.
Anak terharu dapat bawa ibu naik pesawat ‘business class’ kali pertama
Namun, bagi segelintirnya pula, momen itu menjadi lebih bermakna apabila impian besar dapat direalisasikan demi melihat raut ceria terpampang pada wajah si ibu.
Itulah yang dialami seorang wanita yang berkongsi momen penuh emosi apabila berjaya membawa ibunya menaiki pesawat ‘business class’ buat pertama kali.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @intanazuredzua di TikTok, ibunya kelihatan teruja sejak di pintu masuk pesawat, sebelum dibawa ke tempat duduk yang lebih luas dan selesa.
Baginya, melihat riak ceria di wajah ibunya adalah momen yang membuatkan dirinya sebak, sekali gus merasakan segala usaha dan penat lelahnya berbaloi.
@intanazuredzua merasakan pengalaman itu bukan sekadar percutian, namun simbol pengorbanan, penghargaan, dan impian yang telah lama dipendam menjadikannya momen yang penuh makna dan tidak akan dilupakan.
“Semua untuk ibu,” kata @intanazuredzua tersebut menerusi ruangan kapsyen.
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok rasa terinspirasi untuk melakukan perkara sama buat ibu masing-masing apabila berpeluang kelak, manakala ada yang meluahkan kerinduan terhadap ibu yang telah tiada.
Dalam masa sama, tidak kurang juga yang memuji keakraban dua beranak itu, serta menyifatkan usaha Azura sebagai bukti bahawa kebahagiaan seorang ibu tidak semestinya datang daripada hadiah yang besar, sebaliknya lahir daripada keikhlasan dan kasih sayang seorang anak.
Sumber: @intanazuredzua