Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
shah firdaus ikhlas.com
Tiada Kategori

Impian Shah Firdaus Tercapai, ikhlas.com Taja Pakej Umrah Untuk Ibu Bapa

Nurul Naqiyah

Impian Shah Firdaus Tercapai, ikhlas.com Taja Pakej Umrah Untuk Ibu Bapa

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2024 – Impian atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tercapai apabila Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) mengumumkan tajaan pakej umrah untuk beliau dan kedua ibu bapanya menerusi radio Hot FM pagi tadi.

Kejutan istimewa itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin sewaktu segmen pagi radio tersebut bersama adiknya yang juga merupakan pelumba berbasikal trek negara, Ridwan Sahrom.

Ikhlas berkata: “Apabila menonton temuramah Shah selepas pelanggaran itu, beliau nampak betul-betul sebak dan impian dia untuk bawa ibu bapa (tunai) umrah tu ‘real’, memang dia teringin sangat nak bawa mereka. Jadi, saya tergerak hati nak berkongsi rezeki bersama Shah dan ibu bapa beliau.

“Kami sangat-sangat bangga dengan Shah. Apa yang terjadi telah terjadi, itu semua adalah takdir Allah. Semoga apa yang berlaku ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk sesuatu yang jauh lebih baik, inshaAllah. Tahniah kepada seluruh keluarga Shah Firdaus.”

Ridwan berkata: “Encik Ikhlas, bagi pihak Shah dan juga keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas bantuan yang Encik Ikhlas telah berikan untuk menaja ibu dan ayah saya dan juga Shah (menunaikan) umrah.”

Shah Firdaus yang mempamerkan semangat juang tinggi sebelum terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam pada final keirin kecewa apabila impiannya untuk membawa pulang pingat menerusi acara keirin lelaki di Sukan Olimpik 2024 tidak kesampaian.

Beliau meluahkan kekecewaan berganda atas kegagalan membawa pulang emas kerana telah berjanji untuk membawa ibunya menunaikan umrah sekiranya meraih kemenangan pada acara keirin di Paris itu.

Sementara itu, Shah Firdaus terkejut apabila dimaklumkan tentang berita gembira itu oleh Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan ketika menyambut beliau dan atlet kebangsaan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 lewat petang ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ikhlas.com kerana menunaikan hasrat yang telah disimpan sekian lama untuk membawa kedua-dua ibu bapanya mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform kembara dan gaya hidup Muslim direka khusus untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah.

Selain ikhlas.com Umrah dan tawaran pelancongan halal dengan usahasama syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia X, ikhlas.com turut memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah dan Qurban.

Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih menerusi Apple App Store dan Google Play Store.