Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

India: 14 Kanak-Kanak Dijangkiti HIV, Hepatitis Selepas Transfusi Darah
MOSCOW, 24 Okt (Bernama-Sputnik) — Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India, lapor Sputnik memetik akhbar Hindustan Times pada Isnin.
Menurut laporan itu, tujuh kanak-kanak disahkan positif Hepatitis B, lima Hepatitis C manakala dua lagi HIV.
Transfusi berkenaan adalah keperluan bagi mangsa disebabkan oleh gangguan darah talasemia mereka.
Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Sumber: BERNAMA-SPUTNIK