Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita
Seramai 45 peratus pesakit HIV merupakan mereka yang berusia dalam lingkungan 20 sehingga 29 tahun manakala 32 peratus terdiri daripada individu berusia 30 hingga 39 tahun.
HIV merupakan sejenis virus yang menyebabkan pesakit mudah dijangkiti kuman dan kanser disebabkan sistem ketahanan badan yang lemah.
Berdasarkan statistik UNAIDS, pada 2003 sahaja, seramai 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut.
Sementara itu di Malaysia pula, terdapat peningkatan signifikan penyebaran HIV dalam kalangan wanita antara tahun 1990 hingga 2018 di mana berlaku pertambahan dari 1 peratus kepada 12 peratus, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pesakit HIV dalam kalangan lelaki pula berkurang sebanyak 99 peratus kepada 88 peratus.
Penyakit ini boleh menjangkiti seseorang melalui cecair badan seperti;
Darah
Air mani
Cecair faraj
Ia boleh merebak melalui;
susu ibu
melalui faraj, dubur atau mulut
hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti
penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
pemindahan darah dan organ terjangkiti
melahirkan atau sewaktu menyusu
*1 Dis 2019 Sambutan Hari Aids Sedunia peringkat Kebangsaan di Ipoh. Perak.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya