Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Individu Disahkan Positif COVID-19 & Bergejala Ringan Atau Tidak Bergejala Dinasihat Kuarantin Di Rumah

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Chong Chee Kheong memaklumkan bahawa individu yang mempunyai gejala ringan COVID-19 tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Menurutnya, pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah perlu mengemaskini status kesihatan menggunakan Home Assessment Tool (HAT) di MySejahtera untuk membolehkan KKM memantau kesihatan secara maya.

“Bagi individu disahkan positif COVID-19 dan mempunyai gejala ringan atau tidak mempunyai gejala, kami nasihatkan agar anda jalani kuarantin di rumah dan lakukan penilaian kesihatan melalui CAC maya.

“Ini membolehkan kami memberikan fokus kepada individu yang mempunyai gejala yang teruk,” katanya.

Jelasnya, individu yang kuarantin di rumah akan sentiasa dipantau dan bila mereka menunjukkan tanda-tanda yang teruk, KKM akan menghubungi mereka.

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia