Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
JAKARTA, 19 Dis (Bernama) — Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu mengarahkan Kabinet untuk mempercepat projek memindahkan ibu negara dari Jakarta ke pulau Borneo bagi memastikan “Lembah Silikon” itu dapat disiapkan pada 2023, setahun lebih awal.
Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan Widodo menulis dalam Facebooknya, bahawa kerajaan akan mewujudkan agensi baharu untuk memantau penempatan semula projek berkenaan dan kemudian secara rasmi mengemukakan rang undang-undang yang menyokong langkah itu kepada parlimen. Projek itu menelan kos US$32.79 juta.
Beliau berharap keseluruhan proses termasuk reka bentuk dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Fasa seterusnya adalah membersihkan tanah dan pembinaan infrastruktur asas, katanya.
Beliau berkata lokasi ibu negara baharu itu boleh menjadi Lembah Silikon kerana bakal dilengkapi dengan fasiliti penyelidikan dan inovasi.
Pada Ogos, Presiden Indonesia itu mengumumkan ibu negara akan dipindahkan ke wilayah Kalimantan Timur, di Borneo pada 2024 untuk mengurangkan kesesakan di Jakarta.
Jakarta, ibu negara keempat paling padat di dunia, didiami kira-kira 10 juta orang dan kini berdepan pelbagai masalah termasuk banjir dan pencemaran.
Sumber: BERNAMA