Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Indonesia rasmi memulakan langkah dan hasrat dalam menganjurkan Piala Dunia Futsal yang akan berlangsung pada 2028, lapor Stadium.
Ia berikutan pengumuman badan induk dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) naib juara Futsal Piala Asia 2026 itu menyertai perebutan selaku calon tuan rumah kejohanan berprestij itu.
Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang info terperinci mengenai tawaran berkenaan.
Selain Indonesia, Sepanyol, Perancis, Maghribi dan Kuwait antara negara yang menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi ke-11 itu.
Dalam edisi terdahulu, Brazil merupakan juara bertahan selepas menewaskan Argentina di Uzbekistan pada 2024.