Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ini Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dengan Indonesia – Media Indonesia
Kemenangan besar Malaysia 4-0 ke atas Vietnam dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 bukan sahaja mencuri tumpuan di rantau Asia Tenggara, bahkan turut mendapat sorotan meluas daripada media Indonesia.
Antara aspek yang paling menarik perhatian dalam laporan media Indonesia ialah perbezaan ketara pendekatan Malaysia dan Indonesia dalam isu naturalisasi pemain warisan.
Menurut laporan yang disiarkan oleh portal Soha.vn dan dipetik oleh Tribun News, pendekatan Malaysia dilihat lebih tersusun, berkualiti dan strategik berbanding Indonesia.
Ketika Indonesia mengambil langkah awal membawa masuk pemain warisan, prestasi mereka dianggap hambar dan tidak meyakinkan. Malah, ia turut menerima kritikan keras daripada peminat sendiri.
Berbeza dengan Indonesia, Malaysia lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pemain warisan.
Hanya pemain yang benar-benar berkualiti tinggi dipilih, iaitu mereka yang datang daripada sistem bola sepak profesional moden serta mempunyai pengalaman bermain di kelab terkemuka luar negara.
Tambah Tribun News, hasilnya amat ketara apabila pemain warisan Malaysia dilihat bukan sahaja cepat menyesuaikan diri. Malah, mereka juga mampu mempamerkan corak permainan yang agresif, tersusun dan bertenaga.
Di sisi lain, bekas pemain Vietnam, Nhu Thuan, turut mengakui bahawa walaupun Vietnam menurunkan kesebelasan terbaik mereka, mereka tetap gagal menyaingi kekuatan Malaysia.
Beliau bahkan menyifatkan gaya permainan Harimau Malaya kini seakan-akan pasukan Eropah, lengkap dengan disiplin taktikal, kekuatan fizikal dan ketajaman serangan yang menggerunkan.
Dalam pada itu, Tribun News turut memuji Malaysia kerana mengambil pendekatan jangka panjang dalam membentuk skuad kebangsaan baharu melalui proses naturalisasi pemain warisan.
Pendekatan ini bukan bersifat segera, sebaliknya dilihat dibuat berdasarkan falsafah bola sepak moden yang memerlukan pemain memahami budaya permainan dan struktur taktikal pasukan negara.
Tambah Tribun News lagi, keputusan 4-0 ke atas Vietnam menjadi bukti bahawa Malaysia bukan sahaja mendominasi permainan selama 90 minit. Tetapi, juga konsisten menekan lawan hingga wisel penamat.
Ini satu pencapaian yang jarang berlaku kepada mana-mana pasukan Asia Tenggara apabila berdepan Vietnam, lapor Tribun News.
Namun begitu, pendekatan ini turut menimbulkan perdebatan dari sudut etika dan identiti.
Pengulas sukan Vietnam, Ta Bien Cuong, mempersoalkan sama ada peraturan FIFA harus diketatkan, terutama apabila semakin ramai pemain warisan dinaturalisasi atas dasar hubungan darah yang jauh seperti datuk atau nenek.
Beliau bimbang jika perkara ini dibiarkan berleluasa, identiti bola sepak sesebuah negara boleh terhapus secara perlahan-lahan.
Sementara itu, jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, tidak menafikan pasukannya sering menerima kritikan kerana kebergantungan kepada pemain naturalisasi.
Namun, selepas kemenangan bersejarah ke atas Vietnam, yang pertama dalam tempoh 11 tahun, beliau dengan lantang menegaskan bahawa hasil daripada pendekatan itu kini semakin jelas.
“Saya sudah muak mendengar kritikan. Tapi lihatlah hasilnya sekarang. Inilah bola sepak moden. Kami masih dalam proses, tapi kemenangan ini adalah permulaan yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, media Indonesia mengakui bahawa kemenangan besar Malaysia ini adalah satu isyarat jelas bahawa skuad Harimau Malaya sedang meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
BACA: Momen Fakhrul Sambut Hari Lahir Abang Kali Terakhir Buat Ramai Sayu
BACA: UPSI Kemas Barang 15 Pelajar, Guna Lori Kontena Hantar Ke Pangkuan Keluarga
BACA: Pernah Dapat Bantuan Zakat, Wanita Titip Nasihat Buat Penerima Lain
Sumber: Tribunnews.com