Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Influenza: 2,724 Pelajar Dijangkiti, 34 MRSM Diarah Laksana PDPR

Athirah
34 MRSM Diarah Laksana PDPR
Kredit: Bernama

Influenza: 2,724 Pelajar Dijangkiti, 34 MRSM Diarah Laksana PDPR

Sebanyak 34 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) susulan peningkatan kes jangkitan influenza dalam kalangan pelajarnya.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan memaklumkan seramai 2,724 pelajar MRSM di seluruh negara dikenal pasti dijangkiti virus berkenaan setakat ini.

Langkah proaktif berkenaan diambil pengurusan MARA selepas setiap MRSM tersebut mencatatkan jangkitan influenza melebihi 50 kes.

“Sejak penularan kes berlaku, pengurusan MARA sudah mengarahkan semua pengetua MRSM mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terjamin

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuk memberikan rawatan segera kepada pelajar yang mempunyai simptom influenza di klinik kesihatan atau hospital, mengasingkan pelajar yang sakit daripada yang sihat serta memastikan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Beliau meminta orang ramai mendoakan para pelajar pulih dari virus ini

Menurut Asyraf Wajdi, MARA juga mengarahkan supaya pelajar dibekalkan dengan air masak yang mencukupi dan menangguhkan sebarang aktiviti luar buat sementara waktu.

Dalam masa yang sama, beliau turut memastikan sekolah sentiasa berhubung rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan mematuhi semua nasihat yang diberikan.

Terdahulu menerusi hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, pengurusan MARA mengarahkan mana-mana MRSM yang merekodkan lebih 50 kes influenza, dibenarkan mengarahkan pelajarnya pulang dan mengadakan kelas secara PDPR bagi memutuskan rantaian virus dan proses sanitasi dilakukan.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan pelajar yang berada di semua sekolah berasrama, termasuk MRSM seluruh negara bebas dan pulih sepenuhnya daripada penularan virus influenza.

KKM, KPM bincang keperluan tutup sekolah jika kes meningkat

Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mempertimbang tindakan lanjut termasuk keperluan menutup sekolah sekiranya terdapat peningkatan penularan kluster influenza.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pertimbangan itu berdasarkan kes wabak berkenaan majoritinya dikesan berlaku di sekolah dan tadika.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan mengenai penutupan sekolah adalah tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara KPM.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata sebanyak 97 kluster influenza direkodkan setakat Minggu Epidemiologi (ME) 40, dengan majoriti kluster melibatkan sekolah dan tadika yang dikesan daripada sistem surveilan Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARS).

BACA: Atuk Sanggup Tahan Sakit Kaki Bina Pondok Mainan Untuk Cucu, Hasilnya Memang Wow

Sumber: Astro Awani