Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ingat Untuk Wanita Sahaja, Doktor Dedah Kebaikan Asid Folik Untuk Lelaki
Apabila disebut tentang asid folik, ramai yang mengaitkannya dengan kesihatan wanita, terutamanya dalam tempoh kehamilan bagi mengelakkan risiko kecacatan pada janin.
Buat pasangan suami isteri yang sedang ikhtiar hamil (TTC), asid folik merupakan vitamin yang sering disaran oleh pakar, terutamanya buat wanita jika mereka sedang berusaha untuk mendapatkan anak.
Namun begitu, ramai tidak menyedari bahawa asid folik juga sangat mempunyai manfaat tersendiri untuk kesihatan lelaki.
Memahami kepentingan asid folik bukan sahaja relevan untuk wanita, namun sangat penting bagi lelaki dalam menjaga kesejahteraan diri dan perancangan masa depan keluarga.
Doktor jelaskan kebaikan asid folik
Berdasarkan perkongsian oleh seorang doktor perubatan, Dr Raihana Ismail (@drraihanaismail) di Threads, lelaki juga boleh mendapat manfaat dengan pengambilan asid folik pada setiap hari.
Asid folik sememangnya sering dikaitkan dengan kaum wanita kerana mereka yang akan melalui proses kehamilan. Oleh itu, tumpuan utama sentiasa diberikan kepada wanita bagi memastikan tubuh mereka mendapat bekalan vitamin ini secukupnya terlebih dahulu.
Dr Raihana memaklumkan fungsi asid folik adalah bagi mengelakkan bayi mendapat kecacatan otak dan tulang belakang (neural tube effect).
“Sebab itulah doktor selalu mengesyorkan wanita mula mengambilnya sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum cuba untuk hamil
“Walaupun belum hamil lagi, adalah baik untuk mula lebih awal kerana kadangkala kehamilan berlaku tanpa perancangan,” katanya.
Kebaikan asid folik untuk lelaki
Menurut Dr Raihana, terdapat kajian yang menunjukkan asid folik boleh membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki.
Jadi, pengambilan asid folik secara konsisten boleh membantu memperbaiki jumlah, pergerakan serta bentuk sperma, sekali gus memberi peluang lebih tinggi kepada pasangan untuk mendapatkan zuriat.
“So, kalau both husband and wife sama-sama makan, kira lagi strong team effort lah kan,” ujarnya lagi.
Berapa dos yang diperlukan?
Dr Raihana berkata dos yang disarankan untuk lelaki mengambil asid folik adalah berbeza dengan wanita.
Difahamkan, dos untuk wanita lebih spesifik iaitu 400 Micrograms (mcg) sehari bergantung kepada nasihat doktor.
“Bagi lelaki pula, ia tidaklah diwajibkan tetapi sangat disarankan sekiranya ingin meningkatkan kesihatan reproduktif
“Lebih-lebih lagi jika gaya hidup mereka melibatkan faktor seperti stres, merokok, kurang pengambilan sayuran hijau atau makanan sihat,” jelasnya lagi.
https://www.threads.com/@drraihanaismail/post/DNr-hd1Zh09?xmt=AQF0u5ugKg0Euwweu4CP-MT_rdSlYmQlfNh5aHOjLZ5v_g
Sumber: @drraihanaismail via Threads