Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

SpaceX Berjaya Lancar Roket Gergasi Ke Udara
Syarikat penerokaan angkasa milik Elon Musk, SpaceX dilapor berjaya melancarkan roket gergasi Starship bagi ujian ke-10 pada Selasa lalu.
Menurut portal AFP, kejayaan pelancaran itu merupakan bukti prestasi memberangsangkan selepas beberapa kegagalan sebelum ini menimbulkan keraguan terhadap masa depannya.
Starship yang memiliki ketinggian 123 meter telah berlepas kira-kira jam 6.30 malam (waktu tempatan) dari fasiliti SpaceX di Starbase, Texas Selatan.
Pelancaran berkenaan turut disambut sorakan kuat pasukan jurutera, seperti yang disiarkan secara langsung melalui laman sesawang.
Starship adalah kenderaan pelancar paling berkuasa pernah dibina dan memainkan peranan penting dalam visi Musk untuk membawa manusia ke Marikh, selain termasuk rancangan NASA untuk menghantar angkasawan ke bulan.
SpaceX bangkit dari kegagalan lalu
AFP melaporkan pelancar peringkat pertama yang dikenali sebagai Super Heavy jatuh ke Teluk Mexico beberapa minit selepas pelancaran, sekaligus menghasilkan letupan sonik semasa penurunannya.
Tidak seperti ujian terdahulu, SpaceX tidak mencuba untuk menangkap semula roket menggunakan lengan gergasi ‘chopstick’ pada menara pelancaran, sebaliknya ia menguji keupayaan sistem sekiranya berlaku kegagalan enjin.
Buat pertama kalinya, roket gergasi itu berjaya melepaskan lapan model satelit Starlink, dengan kamera atas kapal menyiarkan secara langsung rakaman mekanisme robotik yang menolak keluar setiap satelit satu demi satu.
Bagaimanapun, ujian tidak berjalan lancar sepenuhnya kerana beberapa jubin penebat haba tercabut dan sebahagian kecil daripada sayap terbakar ketika kapal angkasa itu kembali ke atmosfera diselaputi plasma berwarna merah jambu dan ungu.
Pengurus Komunikasi SpaceX, Dan Huot menjelaskan bahawa situasi berkenaan sudah dijangka memandangkan laluan penerbangan yang dipilih sememangnya mencabar, manakala sebahagian jubin dialih secara sengaja bagi menguji daya tahannya.
“Syabas kepada pasukan SpaceX!!” tulis Musk di platform X.
Misi ini dianggap penting selepas tiga penerbangan terdahulu gagal apabila peringkat atas meletup sebanyak dua kali di ruang udara Caribbean dan sekali lagi selepas berjaya mencapai angkasa.
Menurut laporan AFP, program Starship tidak dianggap berada dalam krisis walaupun peringkat atas meletup ketika ujian di darat.
Sumber: AFP