Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Roket SpaceX Meletup Semasa Ujian Penerbangan
SpaceX memaklumkan bahawa kenderaan angkasa miliknya, Starship meletup semasa penerbangan yang bertujuan untuk menguji keupayaan roket mega berkenaan.
Menurut NBC News, bahagian atas sistem roket tersebut hancur dan serpihan jatuh bertebaran di sekitar Teluk Mexico serta berkemungkinan sehingga ke Laut Carribean.
Rakaman yang menunjukkan serpihan roket berkenaan yang sedang jatuh turut menjadi tular di media sosial, tidak lama selepas SpaceX terputus hubungan dengan kenderaan angkasa tersebut.
Malah, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX turut berkongsi rakaman yang sama di platform X miliknya.
Elon Musk kongsi video roket SpaceX meletup semasa ujian penerbangan
“Kejayaan itu belum pasti, tetapi hiburan sudah pun dijamin,” kata Elon.
BACA: Menara KL Akan Pancar Cahaya Hijau, Tanda Masuk Waktu Maghrib & Isyak
BACA: Ini Senarai Platform Media Sosial Terlibat Perlesenan & Kenapa Ada Dua Lagi Tidak Memohon Lesen
Elon kemudian turut mendedahkan beberapa butiran awal yang mungkin menjadi punca kepada letupan roket tersebut.
“Tanda-tanda awal menunjukkan kemungkinan terdapat kebocoran oksigen/bahan api dalam ruang bahagian atas pemisah enjin kapal yang cukup besar hingga menghasilkan tekanan melebihi kapasiti ventilasi,” katanya.
Tambah Elon, jurutera SpaceX akan membuat penambahbaikkan segera terutamanya pada bahagian sistem pemadaman kebakaran.
Syarikat itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda akan menangguhkan ujian penerbangan seterusnya.
Difahamkan, roket tersebut tidak membawa sebarang kru kerana masih dalam fasa pengujian untuk misi ke bulan dan seterusnya.
Ujian penerbangan berkenaan yang merupakan ujian ketujuh Starship pada awalnya bermula dengan lancar dengan roket berlepas tanpa sebarang masalah.
Malah, bahagian penggalak roket tersbeut berjaya mendarat kembali di tapak pelancaran di Brownsville, Texas dengan selamat.
Masalah bermula tidak lama kemudian selepas SpaceX terputus hubungan dengan bahagian atas roket tersebut, kira-kira 9 minit selepas pelancaran.
Menurut NBC News, Starship merupakan roket paling berkuasa pernah dibina dan memiliki ketinggian kira-kira 400 kaki.
Roket berkenaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu penggalak roket yang dikenali sebagai Super Heavy. Manakala bahagian atasnya pula ada kenderaan angkasa yang dikenali sebagai Starship.
Sumber: NBC News