Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
lelaki tahan polis
Kredit: FandyFiera

“Ingatkan Tersesat Jalan,” Tindakan Lelaki Ini Tahan Kereta Polis Undang Sebak

Azizah Najib

“Ingatkan Tersesat Jalan,” Tindakan Lelaki Ini Tahan Kereta Polis Undang Sebak

Kemunculan kereta peronda polis di kala memerlukan merupakan satu kelegaan buat sesiapa sahaja. Pakaian seragam berserta kenderaan khas peronda melambangkan keselamatan dan kepercayaan buat orang awam.

Kebiasaannya kita lihat situasi polis peronda yang akan menahan orang awam bagi melakukan sedikit siasatan. Namun, berbeza pula kali ini apabila orang awam yang bertindak menahan polis peronda. Apabila sebab di sebalik tindakan ini diketahui, sebak menerjah ke lubuk hati netizen.

Kisahnya bermula apabila seorang lelaki menahan MPV PDRM yang sedang melakukan Tugas Rondaan Cegah Jenayah. Menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok, kisah ini dikongsikan oleh pegawai polis yang bertugas ketika itu yang dikenali dengan nama FendyFiera.

“Pada mulanya kami menyangkakan bahawa beliau tersesat jalan dan ingin bertanyakan sebuah lokasi. Namun setelah meletakkan motornya, lelaki itu terus mendapatkan kami sambil membuka jam tangan miliknya. Kelihatan lelaki tersebut seperti berada dalam keadaan yang kurang sihat (tangan kiri bengkak),” kata pegawai polis tersebut.

BACA: Polis Minta Bantuan Kesan Noraqilah

Rupa-rupanya, lelaki berkenaan menahan pihak polis dengan tujuan menjual jam tangan berjenama miliknya.

“Boleh tak abang tolong beli jam saya? Saya betul-betul perlu duit. Ini jam original G-Shock, abang. Dulu saya beli RM500. Saya jual sama abang RM100. Tolong abang,” ujar lelaki berkenaan.

Menurutnya, dia telah bergerak mencari kerja dari pagi hingga ke petang namun tiada premis yang ingin mengupahnya. Pegawai polis berkenaan terkejut mendengar permintaan lelaki tersebut kerana menurut mereka, kebiasaan orang awam yang menahan kenderaan polis benar-benar memerlukan perkhidmatan pertolongan dan kecemasan yang lain.

“Namun kali ini sedikit berbeza apabila lelaki itu menawarkan kepada kami jam miliknya. Kami kemudian cuba melakukan sedikit temubual dan ada juga mencadangkan kepadanya agar menjual jam tersebut kepada sebuah syarikat tukar beli barang. Namun dia beritahu syarikat itu membeli dengan nilai yang amat rendah,” kongsi pegawai polis itu lagi.

Melalui rakaman kamera badan pegawai tersebut, perbualan antara mereka dapat didengari dengan jelas. Jam tangan tersebut telah digunakan oleh lelaki berkenaan selama satu tahun. Menurut pegawai berkenaan, jam tersebut disahkan asli.

Kredit: FandyFiera

BACA: Polis Selamatkan Remaja Perempuan Diculik Sekumpulan Individu

Setelah beberapa ketika, pegawai itu mengajak lelaki berkenaan ke suatu tempat yang lebih selamat memandangkan mereka ketika itu berada di tepi jalan yang agak bahaya.

“Faktor keselamatan juga diambil kira. Tambahan pula kesihatan lelaki tersebut yang kelihatan dalam keadaan yang kurang baik,” ujarnya lagi.

Setibanya mereka di lokasi yang selamat, pegawai berkenaan keluar dari kereta peronda dan meneruskan perbualan bersama lelaki tersebut. Menurutnya, sebelum ini dia bekerja di tempat lain namun terpaksa berhenti.

Mendengar perkongsian kisah lelaki berkenaan, pegawai polis tersebut bertindak menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepadanya. Pada mulanya lelaki tersebut menolak, malah ingin menyerahkan jamnya sebagai ganti. Namun selepas melihat kesungguhan pegawai itu, lelaki berkenaan menerima pemberian bantuan tersebut dengan ucapan terima kasih berulang-kali.

Sebelum berpisah, pegawai berkenaan sempat mencadangkan kepadanya untuk menjual jam tangan tersebut dalam talian.

Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesejahteraan buat pegawai polis berkenaan serta dimurahkan rezeki lelaki tersebut mendapat pekerjaan. Ada juga yang menganggap kebaikan pegawai tersebut telah menaikkan nama PDRM, membuktikan keluhuran budi pegawai polis.

BACA: Polis Buru Lelaki Bersenjatakan Parang Samun Kedai Runcit

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah berkongsi video tersebut di laman Facebook mereka. Kedua pegawai polis tersebut dikenali sebagai Koperal Mohd Fandy Abd Lahit dan Lans Koperal Mohammad Hafizul Hakimi Yusof merupakan anggota dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Walaupun mungkin bantuan yang diberikan tampak kecil, namun buat mereka dalam kesulitan, ia memberi makna yang tidak terucap dengan kata-kata.

“Kecekalan dan sikap tidak mengenal erti putus asa insan itulah yang berjaya menjentik hati anggota polis ini untuk membantu seadanya demi meringankan sedikit beban yang ditanggung,” ujar PDRM.

Pihak PDRM turut memuji tindakan mulia pegawai polis tersebut atas bantuan yang diberikan. Malah, PDRM turut menyeru agar perbuatan baik ini menjadi contoh buat seluruh warga pasukan.

Sumber: FandyFiera, Polis Diraja Malaysia