Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Cara Nak Gemukkan Badan
Kredit: Hello Doktor

Ingin Tahu Cara Nak Gemukkan Badan Yang Kurus? Tak Semestinya Minum Protein

Florence Nuar

Ingin Tahu Cara Nak Gemukkan Badan Yang Kurus? Tak Semestinya Minum Protein

Punyai bentuk badan yang ideal memang impian setiap orang, lagi-lagi golongan wanita. Memang mereka akan menjaga bentuk badannya dengan sebaiknya-baiknya.

Kita selalu diperdengarkan dengan tips atau cara untuk menurunkan berat badan bagi orang yang mempunyai Body Mass Index (BMI) lebih daripada normal.

Tetapi, jangan tidak tahu, masalah yang sama juga dihadapi oleh golongan yang mempunyai tubuh badan yang kurus. Tidak dinafikan pelbagai cara dan alternatif yang mereka cuba dalam usaha mendapatkan bentuk badan yang diingini.

Hal ini kerana umum ketahui, gejala ‘body shaming‘ memang masih wujud di negara kita. Siapa sahaja tak terasa jika digelar ‘papan, tulang atau banyak lagi bagi golongan yang kurus.

Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai masalah seperti di atas, anda perlu ikuti perkongsian Hello Doktor untuk membuktikan bahawa anda juga mampu mempunyai bentuk badan yang ideal.

Sebenarnya, ada banyak cara nak gemukkan badan yang kurus. Selain menambah jumlah kalori, anda juga boleh bersenam dan mengambil suplemen. Dalam artikel kali ini, kami akan berikan beberapa tips gemukkan badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan yang rendah.

Cara nak gemukkan badan yang kurus

Untuk menambah berat badan, anda perlulah mengambil kalori yang lebih banyak daripada apa yang dibakar oleh tubuh setiap hari.

Caranya mudah sahaja. Tingkatkan pengambilan makanan dan kurangkan aktiviti fizikal. Kedua-dua perkara ini merupakan antara tips gemukkan badan yang paling penting.

Kredit: Hello Doktor

Di bawah, kami terangkan beberapa cara untuk meningkatkan berat badan:

  • Ambil lebih banyak kalori: Tingkatkan pengambilan kalori harian dengan pengambilan makanan seperti lemak dan protein. Selain itu, anda juga boleh menambah minyak sayuran, daging, telur, dan produk tenusu dalam diet harian.

  • Tambah makanan yang kaya dengan karbohidrat: Karbohidrat adalah sumber utama tenaga bagi tubuh, jadi pastikan anda tambah makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, roti, dan pasta.

  • Makan lebih kerap untuk gemukkan badan: Anda boleh tingkatkan pengambilan kalori harian dengan mudah. Pastikan anda makan 3 hidangan utama dan 2-3 hidangan ringan sepanjang hari.

  • Kurangkan aktiviti fizikal: Selain itu, anda boleh mengurangkan pembakaran kalori dengan mengehadkan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, atau bersenam. Namun, anda boleh lakukan senaman kekuatan untuk tambah jumlah otot.

  • Ambil suplemen: Anda boleh menambah berat badan dengan mengambil suplemen yang kaya dengan kalori, seperti protein atau mass gainer.

Ingatlah, lakukan konsultasi dengan doktor atau pakar dietetik sebelum membuat perubahan yang besar dalam pemakanan atau gaya hidup anda.

Makanan untuk tingkatkan berat badan

Tidak kiralah apa jua berat anda, kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi. Menurut USDA (U.S. Department of Agriculture), diet yang lengkap dengan protein, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu sangat sesuai untuk mereka yang ingin tingkatkan berat badan.

Sekiranya anda mempunyai kurang berat badan, anda perlulah mengambil 300-500 kalori tambahan setiap hari. Oleh sebab itu, anda perlu makan lebih banyak atau menambah saiz hidangan.

Antara makanan yang boleh diambil sebagai cara nak gemukkan badan yang kurus:

Kredit: Hello Doktor

1. Susu untuk tambah berat badan

Salah satu tips gemukkan badan yang mudah ialah minum susu!

Susu merupakan makanan terbaik untuk mereka yang ingin menambah berat badan. Ia kaya dengan nutrisi yang penting untuk kita.

Secawan susu mengandungi protein, kalsium, karbohidrat, lemak, mineral dan juga vitamin. Selain itu, ia juga merupakan sumber protein yang baik.

Untuk meningkatkan berat badan, cuba minum 2 cawan susu sebelum atau selepas bersenam.

2. Makan nasi sebagai cara nak gemukkan badan yang kurus

Nasi merupakan antara contoh karbohidrat yang murah dan mudah didapati. Karbohidrat dapat membuatkan anda rasa bertenaga dan rasa ‘puas’ ketika makan.

Sepinggan nasi dapat memberikan 200 kalori yang dapat membantu peningkatan berat badan.

Sekiranya anda inginkan alternatif yang lebih sihat, anda boleh bertukar kepada beras perang yang mengandungi serat, mangan, selenium, magnesium dan vitamin B.

Namun, itu tidak bermaksud nasi putih tidak sihat! Nasi putih merupakan sumber folat yang sangat baik.

3. Buah-buahan kering

Buah-buahan kering sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan. Makanan super ini mengandungi antioksidan, protein, kalori dan pelbagai nutrisi.

Anda juga boleh padankan buah-buahan kering dengan kekacang atau campur bersama yogurt. Padanan ini dapat menghasilkan makanan yang sangat berkhasiat, sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan berat badan.

Cara Nak Gemukkan Badan
Kredit: Hello Doktor

Cara nak gemukkan badan yang kurus 4: Lebihkan lemak sihat

Lemak sihat dan minyak mengandungi banyak kalori. Selain itu, ia juga mengandungi asid lemak omega-3 dan 6 yang diperlukan oleh sel-sel badan.

Bukan itu sahaja, lemak sihat juga merupakan komponen yang sangat penting untuk membina hormon, mengurangkan inflamasi dan juga membantu menyeimbangkan tekanan darah.

Anda boleh menambah minyak sihat ke dalam salad atau gunakannya ketika memasak.

5. Smoothies buah-buahan

Satu lagi cara nak gemukkan badan yang kurus adalah dengan pengambilan smoothies!

Smoothies buah-buahan sebenarnya lebih sihat berbanding kebanyakan suplemen protein.

Selain itu, ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang dapat membantu anda meningkatkan berat badan.

Antara resipi smoothies buah-buahan yang anda boleh cuba ialah smoothies pisang dan coklat, beri dan vanila serta banyak lagi.

Cara penyediaannya juga cepat dan pantas, sesuai untuk individu yang sibuk bekerja!

Sumber: Hello Doktor