Bukan hanya buahnya yang mengandungi vitamin A,C, dan B6, namun buah pisang juga memiliki manfaat pada bahagian kulitnya. Seperti yang dipetik dari Real Living, selain kulitnya boleh dimanfaatkan sebagai baja tanaman, kulit pisang juga boleh membersihkan pelbagai kelengkapan rumah seperti senduk dan furniture rumah yang lain. Berikut beberapa manfaat dari kulit pisang untuk kegiatan pembersihan di rumah.
1. Membersihkan peralatan dapur yang diperbuat dari perak
Gunakan blender untuk menghaluskan beberapa kulit pisang hingga menjadi seperti pes. Setelah jadi, gosok pes tersebut menggunakan kain lembut pada peralatan perak yang kotor. Kemudian setelahnya bilas peralatan dengan merendam ke dalam besen berisi air. Lalu keringkan setelah menggunakan air bersih.
2. Bahan yang diperbuat dari kulit
Kulit pisang dapat membersihkan benda bermaterial kulit seperti jaket, kasut, bag dan juga sofa. Caranya, gosok bahagian yang bermaterial kulit menggunakan kulit pisang, hal ini boleh membuat benda tersebut lebih mengilap. Kalium dari benda bermaterial kulit akan diserap oleh kulit pisang dan dapat mengurangkan bekas tercalar.
3. Membersihkan kesan dakwat
Kulit pisang juga boleh digunakan untuk membersihkan kesan dakwat di beberapa permukaan seperti furniture dan dinding. Caranya hanya menggosokan kulit pisang ke bahagian yang terkena noda.
4. Hilangkan calar pada cakera padat
Memiliki cakera padat yang tergores? Hilangkan dengan kulit pisang. Caranya, gosokkan di bahagian goresan dengan kulit pisang, ini akan menghilangkan noda goresan tersebut. Untuk hasil yang maksimum semburkan pembersih kaca setelah selesai menggosoknya dengan kulit pisang.
5. Membersihkan furniture kayu
Kulit pisang juga dapat membersihkan furniture kayu yang kusam hanya dengan sapuan dan menggosokannya dengan lembut. Setelah itu, bersihkan juga dengan kain lembap untuk hasil yang maksimum.
Sumber- Kompas.com
