Sesetengah masyarakat lebih gemar menggunakan aplikasi Telegram untuk berinteraksi secara berkumpulan yang mempunyai jumlah ahli yang besar. Walaupun kita semua tahu, ramai yang lebih suka menggunakan aplikasi Whatsapp, tetapi tidak salahkan kalau sesekali kita ambil tahu tentang kelebihan Telegram yang ramai tak tahu.
Perkongsian daripada pengguna laman Facebook, Cik Lola mendedahkan kelebihan yang ada dalam aplikasi ini. Apa yang menarik perhatian SK, wanita ini berkongsi satu tips mudah untuk letakkan group di tempat yang lebih mudah untuk dilihat supaya pengguna tidak susah untuk mencari.
Tambah-tambah lagi bila anda seorang guru, waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mesti banyak sangat group kelas sekolah hingga korang sendiri pening untuk cari file yang penting. Jadi, ikutlah tips menarik daripada Cik Lola ini.
Saya pun baru tahu..saya tak tahu kalau ada cikgu yang dah buat. Bagi yang belum tahu saya kongsikan sini macam mana nak susun group telegram ( buat folder) supaya menyenangkan tugas cikgu.
Cara-cara;
1. Tekan setting
2. Pilih folder


3.Create new folder

4. Labelkan folder
5. Tambah group
6. Simpan.


Lepas ni senanglah cikgu-cikgu nak cari group. Tak perlu scroll sampai bawah.
Sumber: Cik Lola
