Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Kredit: ImageFX

Ini Cara Putihkan Gigi Sendiri Dengan Selamat

Nur Alissa

Ini Cara Putihkan Gigi Sendiri Dengan Selamat

Gigi semestinya memainkan peranan penting terhadap keyakinan diri seseorang selain menjaga kebersihan diri.

Umum tahu, kita disarankan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selepas bangun dan sebelum tidur.

Tetapi, kenapa gigi kita masih kekuningan sedikit walaupun kita mengikut saranan?

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada warna kuning pada gigi, antaranya gaya hidup, pemakanan, umur dan rutin kebersihan mulut.

Baru-baru ini Hello Doktor telah berkongsi petua memutihkan gigi hanya di rumah sahaja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Lanjut pembacaan anda untuk dapatkan tip ini.

5 Cara Putihkan Gigi Secara Homemade

putihkan gigi
Gambar: Avisienna Dental Care

Percaya atau tidak, selain rawatan pemutihan gigi yang dilakukan di klinik gigi, terdapat juga beberapa kaedah homemade untuk putihkan gigi yang terbukti berkesan.

Anda boleh cuba lima kaedah di bawah ini.

Cara Memutihkan Gigi 1: Guna Kaedah Oil Pulling

Oil pulling merupakan sejenis remedi tradisional yang berasal dari India. Ia bertujuan untuk meningkatkan kebersihan mulut dan membuang toksin daripada badan.

Amalan ini melibatkan sapuan minyak di dalam mulut anda untuk membuang bakteria, yang menjadi punca pembentukan plak dan menyebabkan gigi anda kelihatan kuning.

Minyak kelapa adalah pilihan yang popular kerana ia mempunyai rasa yang menyenangkan dan menawarkan banyak manfaat kesihatan.

Minyak kelapa juga tinggi dengan asid laurik, yang berupaya untuk mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa amalan oil pulling setiap hari boleh mengurangkan bakteria, plak dan gingivitis di dalam mulut.

Walau bagaimanapun, tiada kajian saintifik telah membuktikan bahawa kaedah ini benar-benar boleh memutihkan gigi anda. Namun, ia adalah amalan yang selamat dan patut dicuba.

Ramai yang mendakwa gigi mereka lebih putih dan cerah selepas menggunakan kaedah ini.

Cara Putihkan Gigi 2: Gunakan Hidrogen Peroksida

Hidrogen peroksida merupakan agen peluntur semula jadi yang juga boleh membunuh bakteria dalam mulut anda.

Malah, ramai individu yang telah menggunakan hidrogen peroksida selama bertahun-tahun untuk membasmi kuman pada luka kerana keupayaannya untuk membunuh bakteria.

Selain itu, terdapat juga banyak produk pemutihan komersial yang mengandungi hidrogen peroksida.

Namun, tiada kajian yang telah meneliti mengenai kesan membilas atau memberus gigi dengan hidrogen peroksida sahaja.

Akan tetapi, beberapa kajian telah menganalisis ubat gigi komersial yang mengandungi peroksida.

Satu kajian mendapati bahawa ubat gigi yang mengandungi jumlah hidrogen peroksida yang lebih tinggi, lebih berkesan untuk memutihkan gigi selepas tempoh 12 minggu berbanding ubat gigi yang mengandungi jumlah peroksida yang lebih rendah.

Cara Putihkan Gigi 3: Berus Dengan Serbuk Penaik (baking soda)

putihkan gigi
Gambar: Orlando Science Centre

Serbuk penaik mempunyai sifat pemutihan semula jadi. Oleh sebab itu, ia menjadi antara bahan popular dalam penghasilan ubat gigi komersial.

Serbuk penaik boleh membantu menyental kotoran yang terdapat pada permukaan gigi.

Selain itu, ia juga boleh mewujudkan persekitaran beralkali dalam mulut anda, yang menghalang bakteria daripada berkembang.

Namun anda juga perlu tahu bahawa ia bukanlah remedi yang akan memutihkan gigi anda dalam sekelip mata.

Anda hanya boleh melihat perbezaan selepas penggunaannya dari semasa ke semasa.

Setakat ini, masih tiada kajian yang membuktikan bahawa memberus gigi dengan serbuk penaik biasa akan memutihkan gigi anda.

Namun, beberapa kajian ada menunjukkan bahawa ubat gigi yang mengandungi serbuk penaik boleh meningkatkan kesihatan gigi dan mungkin mempunyai kesan pemutihan.

Cara Putihkan Gigi 4: Amalkan Rutin Flos Dan Berus Gigi

Walaupun gigi kuning biasanya disebabkan oleh peningkatan umur individu, namun ia juga boleh berlaku disebabkan pembentukan plak pada gigi.

Memberus dan flos gigi dengan kerap boleh membantu gigi anda untuk kekal putih dengan cara mengurangkan bakteria dalam mulut anda dan mencegah pembentukan plak.

Ubat gigi berperanan menanggalkan kotoran pada gigi anda, dan flos pula boleh menghilangkan bakteria yng menyebabkan pembentukan plak.

Membersihkan gigi secara berkala juga boleh membantu gigi anda untuk kekal bersih dan putih.

Cara Memutihkan Gigi 5: Makan Banyak Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

putihkan gigi
Gambar: Harvard Health

Diet tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran juga mungkin baik untuk badan dan gigi putih anda.

Walaupun ia bukanlah pengganti kepada berus gigi, namun buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang rangup boleh membantu menghilangkan plak semasa anda mengunyahnya.

Strawberi dan nanas adalah antara dua jenis buah yang dikatakan dapat membantu memutihkan gigi anda.

Sebagai contoh, satu kajian mendapati bahawa gel yang diperbuat dengan bromelain, iaitu enzim yang terdapat dalam nanas, boleh membantu menghilangkan kotoran gigi.

Walau bagaimanapun, tiada bukti bahawa makan nanas secara terus boleh menghasilkan kesan yang sama seperti penggunaan gel.

Kesimpulan

Walaupun ada cara putihkan gigi di atas ini masih belum lagi dibuktikan keberkesanannya secara saintifik, namun anda boleh mencubanya kerana ia merupakan kaedah yang selamat untuk gigi putih.

Mungkin gigi anda akan lebih putih berbanding sebelum ini setelah anda mengamalkan cara memutihkan gigi ini dalam beberapa tempoh masa.

Selamat mencuba.

Sumber: Hello Doktor

BACA: Ini Jenis Plug & Barang Elektrik Yang Sesuai Digunakan

BACA: Senarai Barangan MyKasih 2025 Yang Boleh Dibeli

BACA: Bayar Pakai QR Tapi Duit Tak Masuk, Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni