Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ini Ke Cara Awak Tinggalkan Saya?,” 18 Tahun Bersama, Wanita Kesal Suami Cabut Lari, Siap Kebas Barang Rumah

Gambar Via Daily Mail

Perpisahan merupakan satu momen yang pastinya tidak ingin dilalui oleh sesiapa saja terutama pasangan berkahwin yang telah lama membina ikatan bahagia.

Bagaimanapun, ada sesetengah orang yang tidak bernasib baik dan tidak mempunyai jodoh yang panjang dengan pasangan.

Itulah yang dilalui oleh wanita ini yang telah ditinggalkan oleh suaminya selepas 18 tahun membina mahligai bersama.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa bahawa suaminya itu sanggup mengambil dan memindahkan hampir semua barang dari rumah mereka.

Porsche Moore Rosmon, 34, mengatakan bahawa suaminya itu telah bertindak sedemikian ketika dirinya keluar atas urusan kerja.

Dia telah merakam suasana rumahnya yang kelihatan hampir kosong dan memuatnaik video itu ke dalam laman TikTok.

“Selepas 18 tahun, ini ke cara awak tinggalkan saya? Saya hanya ada diri saya sekarang ini,” katanya menerusi kapsyen di TikTok.

Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia telah pergi Las Vegas, Nevada selama lima hari untuk mengikuti konvensyen berkaitan kerjanya. Apabila pulang pada 7 Ogos yang lalu, dia terkejut apabila mendapati suaminya tiada dan barang-barang juga sudah hilang.

“Saya pulang dan terkejut tengok keadaan apartment saya yang hampir kosong. Dia hanya tinggalkan barang kemas dan baju perkahwinan saya,” katanya.

Dia juga mendakwa bahawa suaminya itu telah membawa keluar katil, mesin basuh dan pengering serta menghentikan perkhidmatan internet di rumah itu.

Suaminya juga dikatakan telah menyekat nombor telefon dan media sosialnya.

Porsche juga mengakui bahawa dia dan suaminya mempunyai masalah dalam perkahwinan mereka tetapi dia tidak menyangka bahawa suaminya itu merancang untuk meninggalkannya.

Sumber: Daily Mail