Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
bentuk anak bulan
Kredit: Agensi Angkasa Malaysia

Ini Rupanya Bentuk Anak Bulan Yang Dicerap

Azizah Najib

Ini Rupanya Bentuk Anak Bulan Yang Dicerap

Setiap bulan, kita dapat melihat rupa sebenar bulan apabila berlaku bulan purnama yang menandakan sudah masuk pertengahan bulan mengikut kalendar Hijri. Media sosial akan mula dibanjiri dengan perkongsian mereka yang berpeluang menyaksikan bulan purnama yang begitu terang di langit.

Ketika ini, bulan kelihatan berbentuk bulat dan sempurna disebabkan keseluruhan permukaan bulan yang menerima sinaran cahaya Matahari menghadap ke arah Bumi.

Namun, jarang sekali kita dapat melihat warga maya berkongsi gambar anak bulan yang berjaya mereka lihat. Panggilan ‘anak bulan’ hanya kerap kita dengar ketika penentuan bermulanya 1 Ramadan dan 1 Syawal. Mungkin ramai antara pembaca yang sehingga kini, masih tidak dapat membayangkan bentuk anak bulan yang sering dicari oleh Jawatankuasa Rukyah Anak Bulan ketika senja.

Adakah ini bermaksud Bumi mempunyai bulan kecil pula? Jika ya, mengapa kita tidak pernah tahu tentang kewujudan objek angkasa ini ketika belajar Sistem Suria di sekolah? Atau mungkinkah ketika itu, bulan menjadi terlalu kecil berbanding saiz biasa sehingga digelar sedemikian?

Bagi menjawab persoalan ini, SK ingin kongsikan bentuk sebenar objek angkasa yang dipanggil ‘anak bulan’.

Panggilan ‘anak bulan’ bukan bererti Bumi mempunyai satu lagi bulan yang lebih kecil, atau bulan muncul dalam saiz yang terlalu kecil sehingga ia amat sukar dilihat oleh mata kasar seperti kebiasaannya.

Istilah ini masih merujuk kepada bulan yang sama kita perhatikan setiap malam.

Bezanya, panggilan tersebut merujuk kepada bentuk bulan sabit yang sangat halus. Ia merupakan bulan sabit pertama yang muncul apabila masuknya fasa Bulan Baharu.

Menerusi perkongsian Earth Sky, istilah astronomi menggelar bentuk bulan sabit yang halus ini sebagai bulan sabit muda.

Agensi Angkasa Malaysia menerangkan, bulan sabit muda ini paling jelas dapat dilihat beberapa hari sebelum dan selepas fasa Bulan Baharu, dan sejurus selepas Matahari terbenam atau sebelum Matahari terbit.

Disebabkan permulaan hari baharu dalam Islam bermula pada waktu magrib, iaitu apabila Matahari terbenam dan bukannya ketika Matahari terbit, pencerapan anak bulan dilakukan pada waktu senja.

Inilah dia bentuk bulan sabit muda atau yang kita panggil anak bulan. Gambar ini diambil ketika cerapan hilal bagi bulan Syaaban 1446H di Pemandangan Indah, Langkawi.

bentuk anak bulan
Kredit: Agensi Angkasa Malaysia

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

Sumber: Planetarium Negara, Earth Sky (1) (2), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) (1) (2), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan