Susu ibu merupakan sumber yang terbaik untuk bayi. Nutrisi dan kebaikannya tidak dapat disangkal lagi dan jika dibandingkan dengan susu formula yang ada di pasaran. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mensarankan agar bayi diberi susu ibu sepenuhnya sehingga berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun
Walaupun terdapat sesetengah ibu yang tidak dapat memberi susu kerana kekangan kesihatan ataupun kesibukan bekerja, ada ibu yang sanggup mencari ibu susuan untuk bayi mereka.
Ikuti perkongsian Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menerangkan mengapa susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk bayi.

Menerusi posting di laman Facebook, Bahagian Pemakanan KKM menambah susu ibu yang memiliki protein whey dan vitamin C yang lebih tinggi berbanding susu lembu membantu meningkatkan tahap penyerapan zat besi daripada makanan bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

Sumber: Twitter & Facebook Bahagian Pemakanan KKM