Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Sebab Pasport Malaysia Diiktiraf Sebagai Pasport Ke-3 Terbaik Di Dunia
Baru-baru ini, Pasport Malaysia telah diiktiraf sebagai pasport ke-3 yang terbaik di dunia. Kini, pemegang warganegara Malaysia boleh menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia.
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia.
Melalui pengiktirafan ini juga, Malaysia kini berada di kedudukan ketiga bersama 15 buah negara lain iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.
Sehubungan itu, SK ingin berkongsi sebab disebalik pengiktirafan Passport Malaysia sebagai salah satu pasport terbaik di dunia menerusi perkongsian video Nazz & CO Media di Facebook.
1. Kepercayaan Global
Kepercayaan global terhadap negara kita dan pengiktirafan antarabangsa daripada segi keselamatan. Index ini dinilai melalui tahap keselamatan dan integriti dokumen perjalanan Malaysia.
2. Hubungan Diplomatik
Selain itu, kestabilan politik di dalam negara kita serta hubungan diplomatik yang kukuh dengan negara luar juga menjadi faktor pasport kita diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dua sebab ini antara sebab utama Pasport Malaysia melonjak ke tangga ketiga dunia berbanding sebelum ini di tangga kesepuluh dunia.
NAZZ & CO Media turut berkongsi pengalaman beliau dimana rakan-rakan media beliau dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand berasa cemburu dengan kita.
Ini kerana pemegang pasport Malaysia boleh memasuki banyak negara tanpa perlu memohon visa, manakala pemegang pasport lain perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan visa ke luar negara.
Pada masa yang sama, pasport Malaysia juga tergolong antara pasport terkuat di dunia.
“Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab perlu menjaga adab ketika berada di negara luar bagi menjaga nama baik negara kita,” ujar NAZZ & CO Media lagi.
Sumber: NAZZ & CO Media