Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Senarai 29 Pemain Dipanggil Sertai Harimau Malaya
Harimau Malaya hari ini mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski.
Pemain-pemain tersebut akan memulakan latihan bersama bermula 6 Oktober ini bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F bertemu pasukan Laos di Vientiane, Laos pada 9 Oktober depan.
Malaysia sekali lagi akan turun Stadium Nasional Bukit Jalil, selaku tuan rumah dalam aksi timbal balik pada 14 Oktober.

Antara yang tersenarai adalah beberapa nama yang jarang atau sudah lama tidak panggil menyertai pasukan seperti Afiq Fazail, Declan Lambert dan Ramadan Saifullah.
Paling mencuri tumpuan tentunya kelibat pemain naturalisasi Kuching City, Jordan Mintah yang kali pertama dipanggil mewakili Harimau Malaya.
Terdahulu pada 26 September, peminat bola sepak tanah air dikejutkan dengan berita penggantungan 7 pemain warisan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Tujuh pemain berkenaan adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Gabriel Palmero, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Joao Figueiredo.
Menurut FIFA, pihaknya mendapati berlaku penipuan dan pemalsuan dokumen yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semasa mendaftar ketujuh-tujuh pemain tersebut.
Selain penggantungan 12 bulan, ketujuh-tujuh pemain tersebut turut dikenakan denda sebanyak CHF2,000 (RM10,560).
FIFA turut mendenda FAM sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta).
BACA: GSF: Ustaz Muhammad Sempat Hubungi Ibu Sebelum Ditahan
Sumber: Harimau Malaya, FIFA