Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan dari wabak COVID-19 baik dari segi kesihatan dan ekonomi.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok (10 Jun) sehingga 31 Ogos ini memberi peluang kepada orang ramai dari pelbagai sektor menjana semula ekonomi yang terjejas selama ini. Norma baharu terus dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi sosial.
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) amat penting bagi mengawal penularan COVID-19. Tindakan ini perlu diteruskan bagi memastikan kes baru COVID-19 kekal satu digit dan mengelakkan berlakunya gelombang ketiga di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dengan mematuhi SOP, kita akan dapat menamatkan COVID-19 walaupun tanpa vaksin sepertimana yang berjaya dilakukan New Zealand dan beberapa negara lain.
Berikut merupakan SOP mengikut semua sektor dikongsikan Majlis Keselamatan Negara perlu kita patuhi sepanjang PKPP ini.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara