Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Inkues Kematian Zara Qairina
Kredit: Bernama

Inkues Kematian Zara Qairina Bermula 3 Sept

Athirah

Inkues Kematian Zara Qairina Bermula 3 Sept

KOTA KINABALU, 18 Ogos (Bernama) — Mahkamah Koroner di sini menetapkan 3 Sept ini untuk memulakan prosiding siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Koroner Azreena Aziz menetapkan prosiding itu berlangsung mulai 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept serta 22 hingga 30 Sept.

Terdahulu, Pegawai Pengendali Mohd Fairus Johari yang juga Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam telah memohon agar siasatan kematian Zara Qairina, 13 tahun.

Beliau berkata seramai 195 saksi terlibat dalam kes berkenaan, namun senarai akhir saksi akan dimuktamadkan sebelum prosiding bermula.

Azreena turut meminta agar senarai saksi berkenaan dimuktamadkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum prosiding dimulakan.

Turut bertindak sebagai Pegawai Pengendali ialah TPR Dana Arabi Wazani, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai, selepas dimasukkan sehari sebelumnya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pukul 4 pagi, 16 Julai.

Dalam kenyataan pada Rabu lepas, AGC memaklumkan satu inkues akan dijalankan bagi menyiasat kematian Zara Qairina selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia.

Pada 8 Ogos, AGC memaklumkan bahawa kubur Zara Qairina akan digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. Proses penggalian semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang itu selesai dijalankan pada 7.15 malam, 9 Ogos.

BACA: Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv, Desak Tamat Perang Gaza

Sumber: Bernama