Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Insiden Juru: Dendam Dipercayai Motif – Polis
BUKIT MERTAJAM, 30 Okt (Bernama) — Pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah Juru di sini pada 18 Okt didapati bermotifkan dendam, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail.
Beliau yang enggan mendedahkan lebih lanjut berkata dapatan itu susulan penahanan suspek utama iaitu lelaki Nepal berusia 35 tahun di Selangor pada 24 Okt semasa melarikan diri daripada pihak berkuasa.
“Reman terhadap suspek utama akan tamat esok dan polis akan memohon perintah itu disambung bagi melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Azizee berkata dua lagi lelaki Nepal termasuk abang kepada suspek utama akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas perintah reman tamat esok.
Sebelum ini, media melaporkan wanita ditemukan maut di dapur manakala anaknya di tingkat atas rumah sewa mereka.
Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 57 tahun dan tiga lelaki Nepal bagi membantu siasatan.
BACA: Insiden Juru: Tiga Lelaki Warga Asing Direman Tujuh Hari
Sumber: BERNAMA