CIMB menzahirkan rasa dukacita susulan kejadian tragis yang meragut nyawa di Jalan Kuching.
Menerusi satu kenyataan ringkas di platform X, CIMB turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
“Kami amat berdukacita atas kejadian tragis yang berlaku sehingga meragut nyawa. Ingatan dan ucapan takziah yang tulus ikhlas ditujukan kepada keluarga serta insan tersayang mangsa yang terjejas dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.
“CIMB menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan akan terus memantau perkembangan situasi tersebut dengan teliti.
“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya perlu,” menurut kenyataan itu.

