Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemegang kad kredit-i (Credit Card/-i) CIMB kini boleh menambah kad mereka ke Apple Wallet.
Kemudahan terbaharu ini membolehkan pemegang kad tersebut membuat pembayaran dengan lebih mudah menerusi peranti Apple.
Menurut CIMB, Apple Pay direka dengan ciri keselamatan, menjadikan setiap transaksi perlukan pengesahan melalui ciri keselamatan terbina dalam peranti pengguna termasuk Face ID, Touch ID dan kod laluan.
Selain itu, nombor kad kredit juga tidak akan dikongsi dengan peniaga atau disimpan pada pelayan Apple.
Sekiranya iPhone hilang, pengguna juga boleh menandakan peranti tersebut sebagai hilang menerusi Find My bagi menggantung penggunaan Kad Kredit/-i CIMB pada Apple Pay.
Bagi yang belum tahu, apabila Kad Kredit/-i CIMB ditambahkan ke Apple Wallet pada iPhone, pengguna turut mempunyai pilihan untuk menambahkannya ke peranti Apple lain dengan mudah.
Untuk menambah kad tersebut ke Apple Wallet, ikuti langkah di bawah ini.
1. Buka aplikasi CIMB OCTO dan tekan pada Akaun

2. Pilih Kad Kredit/-i CIMB pilihan anda, tekan Tambah ke Apple Wallet dan ikuti arahan pada skrin

3. Tetapkan Kad Kredit/-i CIMB sebagai kad lalai dan kini anda boleh menggunakan Apple Pay

1. Buka Apple Wallet pada iPhone anda
2. Tekan butang Tambah (+), kemudian tekan Kad Kredit
3. Ikuti langkah-langkah pada skrin untuk menambah kad baharu
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kebanyakan Kad Kredit/-i CIMB menyokong penggunaan Apple Pay kecuali CIMB PETRONAS Visa Infinite-i dan CIMB PETRONAS Platinum-i.