Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penyu naik jalan raya
Kredit: Bernama

Insiden Penyu Naik Sehingga Ke Jalan Raya Bukan Fenomena Pelik

Azizah Najib

Insiden Penyu Naik Sehingga Ke Jalan Raya Bukan Fenomena Pelik

DUNGUN, 21 November (Bernama) — Kejadian penyu naik ke darat sehingga ke atas jalan raya yang berlaku di Pantai Teluk Lipat, Sura malam tadi bukan perkara pelik dan pernah berlaku sebelum ini, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat.

Ruzaidi berkata pihaknya telah meneliti hantaran video yang tular di laman sosial itu dan mendapati penyu dewasa tersebut merupakan spesies penyu agar.

Beliau berkata haiwan tersebut berkemungkinan naik ke pantai untuk bertelur tetapi berpatah balik kerana gangguan cahaya terang dan bunyi bising dari kawasan sekitar.

“Pengaruh keadaan musim tengkujuh yang menjadikan kawasan pasir pantai terhad untuk penyu bertelur menyebabkan berlaku insiden haiwan itu naik sampai ke jalan pantai.

“Difahamkan penyu ini tidak bertelur malah telah turun semula ke pantai disebabkan gangguan cahaya atau bunyi bising dari kawasan sekitar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

BACA: Kereta Terbabas, Empat Maut Dalam Kemalangan Di Putrajaya

Ruzaidi berkata penyu betina boleh mendarat untuk bertelur antara lima hingga enam kali semusim.

Menurutnya walaupun musim penyu bertelur telah berakhir iaitu pada Oktober lepas, terdapat kemungkinan penyu itu naik bertelur pada penghujung kitaran.

“Penyu betina ini mempunyai naluri istimewa dan boleh menentukan jantina telur sendiri. Penyu betina akan bertelur di kawasan bersuhu lebih sejuk iaitu berpokok yang jaraknya lebih 150 meter dari pantai untuk menghasilkan anak jantan.

“…manakala untuk dapatkan betina pula, ia akan bertelur kawasan terbuka yang suhunya lebih panas,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak mengganggu penyu yang naik ke pantai.

Tambah beliau musim bertelur penyu adalah antara April hingga Oktober dengan kemuncaknya pada Mei hingga Ogos.

BACA: Buruh Binaan Bakal Disebat Di Khalayak Ramai Akibat Berkhalwat

BACA: Warga Emas Lemas Ketika Memukat Ikan

Sumber: Bernama