Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Instafamous, Harris Annuar Sahkan Dirinya Positif Covid-19 Untuk Saringan Pertama, Mohon Kontak Rapat Turut Buat Saringan

Seorang ‘instafamous‘ yang juga merupakan bekas finalis Hero Remaja, Harris Annuar, mengesahkan bahawa dia positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan semalam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasminya, Harris berkata, dia yang sedang menjalani kuarantin di rumah akan menjalani saringan yang kedua pada hari ini.

Susulan itu, Harris meminta semua yang mempunyai kontak rapat dengannya selama dua minggu untuk menjalani saringan di klink berdekatan.

”Untuk masa sekarang ni, Harris sedang self quarantine di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM, jadi siapa-siapa yang ada contact rapat dengan Harris selama dua minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian Covid-19 di klink yang berdekatan,” tulisnya.

Semoga harris segera sembuh dari virus Covid-19.

Sumber: Insragram harrisannuar