Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Instagram Bakal Ubah ‘Insta Story’ Mirip Seperti Aplikasi TikTok

Edayu

Aplikasi Instagram dikhabarkan akan mengubah penampilan ‘Stories’ di mana ia berubah dari mendatar kepada menegak seperti Aplikasi Tiktok.

Susulan daripada itu, para pengguna dapat menonton story orang lain secara atas dan ke bawah bukan lagi dari tepi yang dilakukan sekarang ini.

Bagaimanapun, pembaharuan ini tidak lagi diuji kepada pengguna tetapi dari semasa ke semasa team Instagram akan mengembangkan kod penggunaan untuk mengubah cara pengguna menikmati ‘Insta Story’.

Menurut pengguna Instagram Alessandro Paluzzi menerusi ruang status di Twitter mengatakan bahawa ciri ini belum tersedia untuk orang ramai. Ini merupakan prototaip awal dan belum diuji di Instagramnya.

Dalam satu temubual The Verge bersama Ketua Instagram, Adam Mosseri berkata Instagram banyak melakukan perubahan pada tahun 2020. Mereka akan terus memenuhi komitmen untuk menguji perubahan tersebut.

Sumber: The Verge