Iran Akan Teruskan Serangan Selagi Perlu - Menteri Luar
Menteri Luar Iran berkata pada Selasa bahawa negaranya bersedia untuk meneruskan serangan peluru berpandu selagi perlu, selain menolak sebarang rundingan selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan perang dengan Iran akan berakhir tidak lama lagi.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, memberitahu penyiar Amerika Syarikat, PBS News, bahawa negaranya bersedia meneruskan serangan peluru berpandu dan rundingan dengan Amerika Syarikat tidak lagi berada dalam agenda buat masa ini.
Maklumat lanjut akan menyusul.
