Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isham Jalil Sertai PAS, Daftar Sebagai Ahli Seumur Hidup

Isham Jalil Sertai PAS
Kredit:Mohamed Sukri Omar

Isham Jalil Sertai PAS, Daftar Sebagai Ahli Seumur Hidup

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengesahkan bahawa bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil telah mengisi borang keahlian dan mendaftar sebagai Ahli PAS seumur hidup.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Sukri berkata beliau sendiri dimaklumkan oleh Isham Jalil mengenai perkara tersebut menerusi kiriman WhatsApp malam semalam.

Menurutnya, keputusan itu lahir daripada keyakinan beliau untuk memilih PAS sebagai wadah siasah dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama, bangsa dan negara.

"Sesungguhnya, perjuangan PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ikhlas ingin berbakti.

"Kita tidak membina perjuangan atas dasar kepentingan peribadi, tetapi atas dasar akidah, prinsip dan tanggungjawab untuk memimpin masyarakat dengan nilai-nilai Islam.

"Kepada Saudara Isham Jalil, saya mengucapkan Selamat Datang ke Keluarga Besar PAS," kata Sukri.

Kredit:Mohamed Sukri Omar

Sukri turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah kepada Isham serta kepada seluruh anggota PAS untuk terus memikul amanah perjuangan, mempertahankan Islam, memperkukuh perpaduan ummah dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Ujarnya, perjuangan tidak diukur dengan siapa yang datang paling awal tetapi siapa yang tetap istiqamah hingga ke akhirnya.