Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAS Berdiri Teguh Bersama PM Dalam Mendokong Semua Keputusan Diputuskan Kabinet – Timb. Presiden PAS

Aqmal Ezany
Gambar: Bernama

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memutuskan untuk terus berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan kabinet.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menegaskan bahawa parti itu akan mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Dalam pada itu, PAS juga menyeru kepada semua pihak supaya terus bersatu dan mengenepikan politiking.

“PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik COVID-19, Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapai ancaman pandemik,” tulis kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama TV