Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ismail Sabri, Keluarga Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Rayan

Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau berkata Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram.

Rayan terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.

Lewat malam Sabtu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan.

— BERNAMA