Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Israel Tahan Kapal GSF, ZRA Antara 10 Rakyat Malaysia Yang Terlibat

Israel Tahan Kapal GSF
Kredit Gambar: GSF/ ZRA

Israel Tahan Kapal GSF, ZRA Antara 10 Rakyat Malaysia Yang Terlibat

Enam daripada 22 Kapal Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) yang ditahan serta diceroboh oleh tentera Israel membabitkan 10 rakyat Malaysia.

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) menerusi satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut.

Berikut senarai rakyat Malaysia bersama kapal yang terlibat:

Kapal Arkham III

  • Zainal Rashid Ahmad (ZRA)

Kapal Eros 1

  • Osman Zolkifli

  • Dr Jihan Alya Mohd Nordin

Kapal Esplai

  • Mohd Shamsir Mohd Isa

Kapal Bianca BCN

  • Hazwan Hazim Dermawan

  • Mohd Hanafi Mohd Salim

  • Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman

  • Norhelmi Ab Ghani

Kapal Freia

  • Mohd Redzal Amzah

Kapal Marea

  • Muhamad Muhsin Zaidi

SNCC berkata kapal-kapal GSF itu telah dihampiri secara agresif oleh tentera Israel sekita jam 1.00 pagi sehingga 11.00 pagi waktu Malaysia.

Mereka ketika itu berada di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece.

"Kedudukan flotilla ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza, iaitu di zon pelayaran antarabangsa yang sah dan dijamin sepenuhnya di bawah undang-undang maritim antarabangsa UNCLOS.

"SNCC melaporkan berlaku provokasi di mana pihak IOF telah melepaskan tembakan amaran (warning shots) ke arah kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio secara mengancam terhadap aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata," kata SNCC.

Kapal lain yang dipintas, terputus hubungan dan diceroboh secara langsung adalah Saf Saf, Bella Blue, Romantica, Goleta, Mystere, Magic Boat, Bribon, Mali dan Holy Blue.