Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Istana Negeri Sembilan Nafi Tuanku Muhriz Terima Jemputan Mesyuarat Majlis Raja Raja

ISTANA
Kredit: Bernama

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak menerima sebarang surat atau warkah jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja Raja yang dijadual berlangsung di Istana Negara mulai esok hingga Khamis ini.

Istana Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini menafikan laporan media yang mendakwa baginda menerima jemputan berkenaan.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, Tuanku Muhriz tidak memerlukan jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja Raja.

Menurutnya, baginda tidak menerima surat atau warkah jemputan daripada Pengerusi Mesyuarat, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, untuk menghadiri mesyuarat Pra Majlis Raja Raja.

“Namun demikian, Tuanku sudah memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja Raja dan akan memberikan tumpuan kepada urusan negeri di Negeri Sembilan, iaitu Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu,” katanya.

Azizi turut menjelaskan bahawa pihak Istana Negeri Sembilan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara itu kepada mana mana pihak atau media.

Terdahulu, beberapa media dalam talian melaporkan Tuanku Muhriz dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Raja Raja yang berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober, sekali gus mendakwa baginda kekal menduduki takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sumber:Facebook