Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isteri Kecewa, ‘Tangkap’ Suami Curang Di Rumah Mentua Sendiri

Isteri 'Tangkap' Suami Curang
Gambar via Hits Suara

Isteri Kecewa, ‘Tangkap’ Suami Curang Di Rumah Mentua, Ayah Mentuanya Pula Leka Menonton TV

Tular video isteri kecewa apabila mengetahui suaminya berlaku curang bersama wanita lain di dalam bilik rumah mentuanya sendiri.

Menerusi video yang tular di laman Instagram, wanita tersebut dipercayai merakam tindakannya menyerbu dan membongkar kecurangan si suami menggunakan telefon bimbitnya sendiri.

Hal itu diketahui oleh isterinya apabila dia menangkap si suami yang sedang menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut.

Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk lelaki itu dikatakan dilakukan di dalam bilik yang sering digunakan olehnya bersama isterinya yang sah apabila pulang ke rumah mentua.

Dalam video tersebut, si isteri meminta penjelasan daripada suaminya dan turut mengajukan soalan kepada wanita yang dipercayai melakukan hubungan sulit dengan suaminya.

Walaupun dia mengaku tidak marah, namun wanita itu tertanya-tanya kenapa pasangan gelap suaminya itu sanggup untuk melakukan hal tersebut sedangkan sudah maklum bahawa lelaki berkenaan sudah berkeluarga.

Suara si isteri itu kedengaran begitu pilu saat bertanya hal tersebut kepada wanita itu, sedangkan si wanita simpanan itu hanya duduk dan diam seribu bahasa menutup wajahnya menggunakan bantal.

“Kamu tahu yang dia sudah ada isteri?” jelas soalan isterinya, lapor Hits Suara.

Dalam pada itu, si bapa mertua dikatakan tidak mempedulikan hal tersebut dan membiarkan anak lelakinya itu melakukan hubungan sulit di rumahnya sendiri.

Ketika itu, si bapa sedang asyik menonton Tv di ruang tamu rumah.

Tak lama kemudian, si isteri dirakam menangis teresak-esak dipercayai mengenankan nasib yang menimpanya.

BACA: Boleh Ke Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Mufti WP

Sumber: Hits Suara