Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
isteri sabari pasrah
Kredit: Bernama

Isteri Sabari Pasrah Jasad Suami Belum Ditemukan

Azizah Najib

Isteri Sabari Pasrah Jasad Suami Belum Ditemukan

JITRA, 3 Okt (Bernama) — Isteri kepada pesara Felcra yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini, berpuas hati dengan tindakan pelbagai pihak yang terlibat dalam operasi pencarian suaminya.

Subhiah Roslina Shahibi, 57, berkata beliau memahami kemampuan pihak terbabit dalam usaha mencari Sabari Baharom, 62, memandangkan kejadian telah lama berlaku.

“Dah lama kejadian baru boleh buat operasi mencari dan menyelamat (SAR). Sebelum ni dah berlaku dua kali banjir (di kawasan Sungai Padang Terap) mula-mula seminggu, lepas tu empat hari.

“Dalam tempoh itu banyak kemungkinan. Kita tau arwah dah takda dan andai kata tiada, mesti ada rumusan setiap mula ada akhirnya sama ada baik ada tidak.

BACA: Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan

“Sebagai orang Islam kita mana nak benda tak elok, semua nak elok, kalau tak ada (jumpa jasad) reda sajalah. Mungkin janji Allah dengan dia (arwah) macam tu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Subhiah Roslina yang bertugas di pejabat Felcra di Kuala Lumpur melawat lokasi suaminya dicampak ke dalam sungai iaitu di Jambatan Kampung Empa dekat sini sebelum kembali ke ibu negara hari ini.

“Kiranya di sini bagaikan ‘tanah kubur’ arwah la sebab di sinilah kejadian itu berlaku. Insya-Allah saya akan datang lagi ke sini nanti,” katanya yang ditemani adik lelakinya.

Subhiah Roslina berkata walaupun sedih kerana harapan untuk menemukan jasad suaminya amat tipis, beliau menerima dugaan itu seadanya.

BACA: Lelaki Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai Di Pokok Sena

“Walaupun SAR di sungai ini sudah dihentikan, kita tak tahu lagi lepas ini macam mana. Saya akan sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan siasatan.

“Arwah orang yang sangat baik tapi selalu dianiaya. Arwah mudah mesra dengan sesiapa sahaja walaupun baru dikenali dengan kanak-kanak pun dia boleh berkawan,” katanya sambil mengimbas pelbagai kebaikan Sabari semasa hayatnya.

Subhiah Roslina berkata anak perempuannya yang berusia 30-an juga sangat menyenangi arwah walaupun Sabari hanya ayah tiri kerana layanan yang diberikan sangat baik sehingga anaknya amat menyayangi arwah.

BACA: Saya Lihat Mereka Terkapai-Kapai Sebelum Hilang Dibawa Arus – Saksi

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 Sept lepas dan kereta Proton Waja dinaikinya kemudian ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Polis kemudiannya pada Isnin mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat dan dua lelaki berusia 26 serta 38 tahun ditahan Jumaat lepas bagi membantu siasatan.

Pencarian Sabari ditamatkan oleh pihak polis pada Rabu selepas tiga hari operasi SAR di Sungai Padang Terap digerakkan kerana tidak menemukan sebarang petunjuk.

Operasi pencarian Sabari dalam radius 13 kilometer sepanjang sungai itu membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak polis.

Sumber: Bernama

BACA: Apa Maksud Perfume Bau “Spicy”? Ini Jawapannya