Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Padang SNBJ Rosak: PSM Jalankan Siasatan Dalaman

Iqbal Yasir
psm padang snbj rosak
Gambar: Bernama

Isu Padang SNBJ Rosak: PSM Jalankan Siasatan Dalaman

KUALA LUMPUR — Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kini sedang menjalankan siasatan dalaman susulan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dilaporkan rosak, lapor Sinar Harian.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tinjauan ke Stadium Nasional telah dilakukannya Isnin lalu untuk mengenal pasti faktor-faktor kerosakan di beberapa bahagian terutama di kawasan tengah padang.

“Semalam (Isnin) saya telah menghabiskan satu hari untuk menjalankan internal inquiry (siasatan dalaman) bagi mencari punca masalah yang kita hadapi dalam penyediaan padang bagi (aksi final) Piala Malaysia.

“Laporan sedang disediakan… nantikanlah keputusan yang akan diambil PSM,” ujarnya kepada pemberita sewaktu ditemui di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, isu padang Stadium Nasional yang rosak menjadi topik hangat peminat bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu.

Ia dikaitkan dengan penganjuran konsert kumpulan terkemuka, Coldplay yang dilangsungkan di lokasi itu pada 22 November lalu.

Situasi itu bertambah buruk apabila perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) dilangsungkan pada Jumaat lalu meskipun keadaan padang ‘belum bersedia’ sepenuhnya.

PSM Mohon Maaf Padang Tidak Dapat Berada Dalam Keadaan Baik

Gambar: Bernama

Susulan itu, PSM mengeluarkan permohonan maaf kepada kedua-dua kelab tersebut berikutan tidak dapat mengembalikan keadaan padang pada tahap terbaik sehari sebelum aksi final berkenaan.

BACA JUGA: Keadaan Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Kurang Memuaskan, PSM Mohon Maaf

Rumput SNBJ Ditaja TMJ

Untuk pengetahuan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menaja rumput baharu jenis Zeon Zoysia di padang SBNJ sebelum ini.

Padang baharu itu digunakan secara rasmi pada kejohanan Pestabola Merdeka 2023 Oktober lalu. Difahamkan, kos padang baharu tersebut menelan sehingga RM1.4 juta.

Gambar: Sinar Harian

Sementara itu, Hannah meluahkan kelegaan apabila terus diberikan amanah memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seperti mana yang kita ketahui, 2024 adalah tahun penting buat belia dan sukan dengan program Rakan Muda dan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi fokus utama KBS.

“Rasa lega kerana sudah berbulan-bulan orang cakap pasal rombakan Kabinet ini, sekarang kita boleh bergerak dan teruskan kerja kita,” katanya.

Katanya lagi, portfolionya akan terus dibantu oleh Adam Adli Abd Halim yang turut dikekalkan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Sumber: Sinar Harian