Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jadikan Malaysia Sebagai Contoh,” Duta Yaman Puji Kepelbagaian Masyarakat, Hargai Layanan Kepada Pelajar Yaman

Duta Yaman Puji Kepelbagaian Masyarakat Malaysia
Kredit: Facebook Yemen Embassy In Malaysia

Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia, Dr. Adel Mohamad Ali Ba Hamid memuji kepelbagaian masyarakat di Malaysia yang disifatkan tidak menghalang negara ini daripada terus berkembang dan bergerak maju.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Dr. Adel memuat naik potongan video ketika berucap pada acara rasmi terbuka kepada orang ramai bagi memperingati Revolusi Yaman yang bersejarah.

Acara yang berlangsung di Kuala Lumpur itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-64 Revolusi 26 September dan ulang tahun ke-63 Revolusi 14 Oktober, pada 26 September 2026.

Duta Yaman Puji Kepelbagaian Masyarakat Malaysia

Beliau mengingatkan para pelajar supaya tidak membiarkan peperangan dan konflik yang berpanjangan mematahkan impian mereka untuk membina masa depan.

Katanya, mereka perlu terus menuntut ilmu, mendalami bidang masing-masing dan menghasilkan sesuatu yang boleh menyumbang kepada pembangunan Yemen.

“Saya katakan ini kepada anda semua, pelajar Yaman yang berada di Malaysia.

“Jangan biarkan peperangan merampas impian anda. Jangan biarkan konflik bertahun-tahun membuatkan anda percaya bahawa Yaman ditakdirkan untuk gagal.

“Jangan berputus asa. Belajar, dalami bidang kepakaran dan berinovasi,” katanya.

Dalam ucapannya, Dr. Adel turut menjadikan Malaysia sebagai contoh yang boleh dipelajari oleh pelajar Yaman, khususnya dari segi kehidupan dalam masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza.

Menurutnya, Malaysia mengamalkan nilai hidup bersama serta kecintaan terhadap negara walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Ambillah daripada Malaysia nilai hidup bersama dan kecintaan terhadap negara walaupun mempunyai masyarakat yang pelbagai.

“Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, namun rakyatnya terus bergerak maju berganding bahu, menjadikan Malaysia antara ekonomi paling maju dan negara paling selamat di dunia,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan, kerajaan dan rakyat Malaysia atas layanan serta sokongan yang diberikan kepada rakyat Yemen sepanjang berada di negara ini.

Beliau berkata, Malaysia telah menyediakan peluang kerjasama serta persekitaran yang selamat dan bermaruah untuk rakyat Yemen, termasuk para pelajar.

“Kepada kepimpinan, kerajaan dan rakyat Malaysia, saya hanya mampu menyampaikan kasih sayang, penghargaan dan terima kasih atas apa yang telah diberikan kepada anak-anak Yaman dalam masa yang sukar ini.

“Terima kasih atas sambutan, kerjasama, peluang serta tempat yang selamat dan bermaruah untuk mereka menjalani kehidupan.

“Kepada kepimpinan, kerajaan dan rakyat Malaysia, terima kasih dan kami amat menghargai anda,” katanya.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Dr. Adel memuji Malaysia kerana kepelbagaian masyarakatnya tidak menghalang kemajuan negara.
  • Beliau menasihati pelajar Yaman supaya terus belajar dan tidak berputus asa.
  • Duta Yaman menghargai layanan, sokongan dan persekitaran selamat diberikan Malaysia kepada rakyatnya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan