Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JAIS Umum Penutupan Sekolah Agama Negeri Di Tujuh Daerah Susulan Bacaan IPU

AGAMA
Kredit: Bernama

Sekolah Agama Negeri (SAN) di tujuh daerah di Selangor ditutup esok susulan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penutupan itu membabitkan daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang dan Petaling sehingga dimaklumkan semula.

Menurutnya, SAN di daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, pelajar di kedua-dua daerah itu diberikan kelonggaran untuk tidak hadir ke sekolah sekiranya bimbang terhadap tahap kesihatan masing-masing, dengan syarat memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak sekolah.

Katanya, guru dan pelajar yang terlibat dengan pengoperasian sekolah digalakkan memakai pelitup muka serta mengelakkan aktiviti di luar kelas sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pelajar mengalami akut lelah serius hendaklah diawasi rapi oleh pihak sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar yang tinggal di asrama Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Istana Bandar, Kuala Langat; MITS Alam Impian, Klang; MITS Bagan Lalang, Sepang dan MITS Pandan Indah, Hulu Langat disarankan supaya terus berada di asrama sepanjang penutupan sekolah, selagi keadaan selamat dan kebajikan mereka terjamin.

Mohd Shahzihan berkata, ketetapan berkenaan tertakluk kepada penjadualan asrama masing-masing, manakala pemakaian pelitup muka perlu terus diamalkan bagi mengelakkan gangguan kesihatan yang serius.

Beliau turut meminta Sekolah Islam Persendirian (SIP) di daerah terbabit mematuhi ketetapan berkenaan.

Intipati
  • SAN di tujuh daerah Selangor ditutup esok susulan perkembangan bacaan IPU.
  • Hulu Selangor dan Sabak Bernam beroperasi biasa, dengan kelonggaran ketidakhadiran pelajar.
  • Pelajar asrama MITS tertentu disaran kekal di asrama sepanjang penutupan sekolah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan