Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jalan Tampin-Gemas Berdekatan Kampung Tengah & Hadapan Pusat Komersial Satria Ditutup Akibat Banjir – MB Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun memaklumkan penutupan Jalan Tampin-Gemas akibat banjir.

Lokasi pentupan tersebut berdekatan dengan Kampung Tengah dan Hadapan Pusat Komersial Satria Gemas.

Berita penutupan tersebut dikongsikan oleh beliau melalui laman Twitternya sebentar tadi.

Selain itu, beliau turut memaklumkan Jalan Kuala Pilah-Seremban berhadapan KFC K.Pilah telah ditutup dan telah dilencongkan.

Terdahulu kira-kira 6.30 pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran Hujan Sangat Lebat Berterusan dijangka berlaku di Negeri Sembilan sehingga 1 Januari.

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan amaran tersebut adalah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Sumber: Twitter MB Negeri Sembilan, MetMalaysia