Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jam Tangan Harga RM3 Juta Milik Ahmad Sahroni Dipulangkan
Seutas jam tangan Richard Mille milik ahli Parlimen daripada Parti NasDem, Ahmad Sahroni telah dipulangkan selepas dicuri semasa serbuan ke atas rumahnya, lapor Kumparan News.
Berdasarkan carian di laman web rasmi Richard Mille, jam tangan mewah itu bernilai sekitar 11.7 bilion rupiah (kira-kira RM3 juta).
Difahamkan, jam tangan itu diambil ketika rumah Sahroni di kawasan Tanjung Priok, Jakarta Utara, dirompak kumpulan perusuh Sabtu lalu.
“Ya, jam itu juga sudah dikembalikan,” kata seorang penduduk setempat yang enggan namanya disiarkan pada Isnin.
Penduduk berkenaan turut memaklumkan beberapa barangan lain yang telah diambil juga telah dipulangkan, namum mengakui tidak mengetahui identiti sebenar orang yang mengambil jam itu.
“Ada antara mereka sudah pulangkan, ada yang belum. Kami masih menyiasat, menyemak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), video dan maklumat
“Penduduk asal di sini hanya sekitar 5 hingga 10 peratus sahaja, manakala selebihnya terdiri daripada orang luar. Penduduk tempatan pula tidak berani mengambilnya,” kata individu itu.
Kumparan News melaporkan beberapa kumpulan perusuh yang mengambil barangan dari rumah Sahroni telah diserahkan kepada pejabat kejiranan tempatan.
Dalam pada itu, video pemulangan jam tangan itu menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan ibu bapa pelaku menyerahkan jam tangan kepada seorang ketua masyarakat setempat.
Sebelum ini, rumah Sahroni dirompak oleh kumpulan perusuh yang turut merosakkan koleksi kereta mewahnya, malah akses ke rumah beliau dikawal ketat oleh penduduk ketika kejadian.
https://www.instagram.com/warungjurnalis/reel/DODgydsEkYH/
Sumber: Kumparan News