Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jambatan Di China Dilapor Runtuh Selepas Beberapa Bulan Dibuka
Sebuah jambatan sepanjang 762 meter di China dilaporkan roboh akibat tanah runtuh, hanya beberapa bulan selepas ia dibuka kepada orang ramai.
Menurut portal The Sun, kejadian berlaku di Jambatan Hongqi, wilayah Sichuan pada 11 November lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok menunjukkan orang ramai berasa sangat terkejut apabila jambatan yang menghubungkan wilayah tengah China dengan Tibet berhampiran lereng bukit itu dilanda tanah runtuh.
Selain itu, runtuhan terbabit turut menghamburkan pasir dan debu tebal ke udara, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
BACA: Budak 7 Tahun Dah Pandai ‘Coding’, Mak Ayah Pastikan Anak Ada ‘Basic Skill’ Ni Sebelum Habis Sekolah
The Sun melaporkan keretakan pada lereng bukit dan jalan menyebabkan polis menutup jambatan tersebut kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Difahamkan, siasatan awal menunjukkan keretakan berpunca daripada simpanan air di empangan berhampiran.
Menurut The Sun lagi, jambatan itu baru sahaja dibuka sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Nasional 317 di bandar Maerkang.
Sumber: The Sun