Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Amalkan Lagi, Pakar Dedah Bahaya Menanduk Bola Sepak
Menanduk bola merupakan antara aksi penting dan biasa dilakukan dalam permainan bola sepak, sama ada oleh pemain di posisi serangan, pertahanan ataupun penjaga gol.
Dalam pelbagai situasi di padang, tandukan sering menjadi kunci untuk menjaringkan gol, menghalang percubaan lawan, atau menghantar bola kepada rakan sepasukan.
Selain itu, bahagian dahi atau umbun kepala antara bahagian yang sering digunakan untuk anda menanduk bola tersebut.
Di sebalik aksi menanduk bola yang kelihatan biasa dan dianggap sebagai salah satu kemahiran asas dalam bola sepak, kajian menunjukkan bahawa pergerakan ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan risiko kecederaan otak dan kemerosotan fungsi kognitif.
Menurut portal Columbia University Irving Medical Center, penyelidik kesihatan di Amerika Syarikat mengeluarkan amaran baharu selepas proses imbasan dilakukan, mereka mengenal pasti kawasan tepat di belakang dahi adalah bahagian yang paling banyak mengalami kerosakan.
Kajian tertibatan jurnal Neurology dan Jama Network Open dari Universiti Columbia, melaporkan bahawa terdapat satu bahagian otak di antara bahan putih dan kelabu yang mengalami kerosakan paling teruk akibat tandukan.
“Kajian itu buat pertama kalinya membuktikan bahawa pendedahan berulang terhadap hentakan kepala boleh menyebabkan perubahan khusus pada otak yang akhirnya menjejaskan fungsi kognitif,” ujar ketua penyelidik, Profesor Michael Lipton dari Jabatan Radiologi dan Kejuruteraan Bioperubatan.
Pada masa yang sama, mereka memaklumkan bahawa masih belum ada bukti bahawa menanduk bola secara langsung menyebabkan kecederaan, sebaliknya kajian mereka hanya menunjukkan kebarangkalian yang tinggi.
“Pemain yang paling kerap menanduk bola dilaporkan melebihi 1,000 kali setiap tahun dan mereka mempunyai kerosakan mikrostruktur yang jauh lebih besar pada bahan putih berhampiran sulkus serebrum otak di korteks orbitofrontal, tepat di belakang dahi,” ujar penyelidik lagi.
CUIMC melaporkan penyelidik telah lama mengkaji risiko aksi tandukan bola berkenaan.
Namun begitu, Profesor Michael Lipton berkata, kajian itu menunjukkan buat pertama kali pendedahan kepada hentakan kepala berulang dikeluarkan.
“Ia menyebabkan perubahan khusus pada otak yang seterusnya menjejaskan fungsi kognitif,” jelasnya.
Beliau berkata bahawa masih belum terdapat kajian yang mencukupi untuk membuat saranan umum mengenai had tandukan.
“Tetapi dalam kajian mereka, individu yang hanya menanduk bola sepak dua kali seminggu menunjukkan imbasan otak yang serupa dengan atlet sihat yang tidak terlibat dalam sukan sentuhan.
“Sejak kematian bekas pemain bola sepak profesional England, Jeff Astle, yang meninggal dunia pada tahun 2002 pada usia 59 tahun selepas disahkan menghidap demensia, amaran mengenai bahaya telah dikeluarkan.
“Perkara yang berlaku kemungkinan akibat bertahun-tahun menanduk bola sepak semakin meluas,” ujarnya.
Di samping itu, pasukan penyelidik turut menjalankan analisis menggunakan imbasan dMRI ke atas 352 pemain bola sepak amatur dewasa yang melaporkan tahap kekerapan menanduk bola berbeza sepanjang tahun sebelumnya.
Manakala 77 atlet lain yang sepadan dari segi umur namun tidak terlibat dalam sukan berimpak tinggi.